Abstract

Artikel ini memerihalkan konsep '1Malaysia' dalam konteks pendidikan untuk memenuhi hasrat negara agar memungkinkan kesejahteraan psikologi dalam pelaksanaan konsep '1 Malaysia'. Berdasarkan kepada tema, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan ', Perdana Menteri Malaysia menyarankan bahawa perpaduan rakyat amat membantu dalam menyokongkan budaya kecemerlangan di kalangan penduduk Malaysia yang berbilang kaum. Ini bermaksud kepelbagaian dikekalkan melalui penglibatan semua penduduk Malaysia dalam usaha untuk melaksanakan transformasi Negara. Pendidikan juga ditugaskan untuk meningkatkan mutu pengetahuan rakyat dan membolehkan mereka untuk menghayati nilai utama asas '1Malaysia' serta bergerak maju kehadapan dengan semangat meninggikan kualiti kesejahteraan kehidupan rakyat. Dengan ini, kualiti kehidupan rakyat dapat mencerminkan kesejahteraan psikologi. Selain itu, cadangan penambaikan untuk memungkinkan kesejahteraan psikologi dalam pelaksanaan konsep '1Malaysia' dengan transformasi negara juga dibincangkan.