Kajian ini menyelidik kekekalan maklumat auditori dan visual dalam keadaan gangguan terhadap ingatan. Sebanyak 76 peserta mengambil bahagian dalam dua eksperimen berasingan (ujian ingatan auditori dan visual) di mana peserta perlu menyelesaikan sesuatu tugas berkaitan dengan ingatan dalam keadaan gangguan auditori atau visual. Perbandingan prestasi dilakukan dengan kumpulan kawalan tanpa gangguan. Didapati bahawa ingatan auditori mudah dipengaruhi oleh gangguan auditori tetapi tidak terpengaruh oleh gangguan visual. lngatan visual mudah dipengaruhi oleh gangguan tanpa menghiraukan apapun modalitas. Kesan dari kombinasi unik gangguan terhadap ingatan menyokongkan pendekatan pelbagai komponen yang dikemukakan oleh Baddeley (2002) terhadap ingatan.