Affiliations 

  • 1 Universiti Sains Malaysia
MyJurnal

Abstract

Daging memainkan peranan penting dalam diet seseorang. Daging kaya dengan sumber protein, vitamin B12, vitamin D, asid lemak Omega 3 dan mineral seperti zink dan ferum. Walaupun daging membekalkan pelbagai keperluan nutrien yang diperlukan oleh tubuh, tetapi pengambilan daging juga boleh membawa kesan negatif kepada kesihatan. Oleh itu, di dalam artikel ini perbincangan akan menyentuh kepada risiko pengambilan daging merah kepada kesihatan. Pengambilan daging merah dalam kekerapan dan kuantiti yang tinggi boleh menyebabkan pelbagai penyakit antaranya seperti kanser dan kardiovaskular. Perbincangan juga di lakukan terhadap risiko pengambilan daging putih terhadap kesihatan. Pengambilan daging putih boleh mengundang pelbagai kesan negatif kepada kesihatan disebabkan oleh penggunaan hormon, antibiotik dan vaksin. Sebagai alternatif, daging ayam organik merupakan daging yang dicadangkan diambil oleh pengguna di dalam diet seharian. Prinsip penternakan ayam organik yang mementingkan sumber makanan ternakan tanpa penggunaan baja kimia dan racun perosak, aspek perumahan dan persekitaran yang mengutamakan kebajikan ternakan serta penjagaan kesihatan ternakan tanpa menggunakan hormon, antibiotik dan vaksin turut dibincangkan.