Affiliations 

  • 1 International Islamic University Malaysia, 25200, Kuantan, Pahang, Malaysia
Medicine & Health, 2020;15(1):166-176.
MyJurnal

Abstract

Staphylococcus epidermidis (S. epidermidis) menjadi salah satu keprihatinan utama dalam pengurusan hospital berikutan kebolehannya menyebabkan jangkitan perolehan hospital terutamanya daripada alatan perubatan yang tercemar. Pengurusan jangkitan S. epidermidis semakin mencabar dengan peningkatan kes kerintangan terhadap antibiotik sejak kebelakangan ini. Laporan terhad mengenai kerintangan terhadap antibiotik oleh S. epidermidis di kalangan kumpulan komuniti yang sihat meninggalkan satu persoalan mengenai tahap penyebaran bakteria rintang antibiotik di kalangan komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak rentan antibiotik oleh S. epidermidis yang dipencilkan daripada pelajar-pelajar sihat di salah satu kampus kesihatan di universiti awam. Sebanyak 96 sampel sapuan telapak tangan telah diambil dan melalui beberapa ujikaji termasuk ujian pengenalpastian secara mikroskopik, biokimia dan juga ujian rentan antiobiotik untuk eryhtromycin, oxacillin, gentamicin, penicillin dan tetracycline menerusi ujian Kirby Bauer. Sejumlah 43 sampel menunjukkan kehadiran S. epidermidis (44.8%), di mana 72.1% daripada jumlah pencilan bakteria ini menunjukkan kerintangan terhadap sekurang-kurangnya satu jenis antibiotik. Tahap kerintangan tertinggi dan terendah masing-masing didapati pada penicillin dan gentamicin. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan antara corak rentan antibiotik antara kumpulan jantina, tahap kerintangan antibiotik yang tinggi di kalangan komuniti sihat menunjukkan terdapat keperluan terhadap kajian lanjut kerana penyebaran strain bakteria rintang antibiotik boleh berlaku kepada populasi komuniti lain dengan lebih meluas dan tanpa disedari.