Affiliations 

  • 1 Universiti Putra Malaysia
MyJurnal

Abstract

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Department of Statistics Malaysia (DOSM, 2016) dijangkakan penduduk Malaysia akan mengalami peningkatan daripada 28.6 juta kepada 38.6 juta pada tahun 2040. Sehubungan itu, profesion sebagai pemandu teksi merupakan pekerjaan profesional seperti pemandu bas, kereta api, traktor, forklift dan lain-lain lagi. Oleh itu, pelbagai faktor perlu diberikan perhatian bagi memastikan bahawa pemandu teksi warga tua boleh melakukan tugasan mereka dengan baik dan dalam keadaan kesihatan yang baik. Kajian ini memfokuskan kepada analisis ergonomik terhadap kesihatan dan keselamatan kalangan pemandu teksi warga tua di Malaysia. Kajian keratan rentas telah dijalankan dengan menggunakan soal selidik bersemuka. Kaedah persampelan bertujuan digunakan berdasarkan kriteria inklusif; umur 60 tahun dan ke atas, memandu sendiri teksi lebih daripada satu tahun, tiada kecacatan dan didaftarkan dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD). Sejumlah 443 responden mengambil bahagian dalam kajian ini. Perisian SPSS versi 2.0 digunakan untuk analsis data dan Khi Kuasa Dua. Postur pemanduan yang tidak baik kalangan pemandu teksi warga tua mampu mendatangkan ketidakselesaan dan menghasilkan masalah kesihatan berkaitan pada muskuloskeletal disorders (MSDs). Implikasi terhadap kesedaran yang rendah pada pendidikan tentang ergonomik mampu memberi kesan pada kualiti gaya hidup dan kesihatan kalangan pemandu teksi warga tua di Malaysia.