Madu adalah bahan semulajadi yang dihasilkan oleh lebah madu, Apis mellifera, berpunca daripada madu yang diambil dari bunga yang berkembang atau cecair dari pokok dan tumbuhan yang dikenali sebagai madu nektar dan madu serangga masing-masing. Ia adalah larutan tepu gula, yang kaya dengan protein, mineral, vitamin, asid organik dan polifenol. Madu mempunyai pelbagai khasiat, sifat penyembuhan dan profilaktik disebabkan oleh komponen-komponen yang terkandung di dalamnya. Madu mempunyai beberapa khasiat kesihatan seperti penyembuhan luka, antimikrob, antioksidan dan potensi anti-radang. Ulasan ini adalah berkaitan komposisi nutrien, antioksidan dan kesan terapeutik madu dengan penekanan kepada madu di Malaysia.