Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
Medicine & Health, 2017;12(2):202-209.
MyJurnal

Abstract

Madu gelam telah didapati mempunyai kesan anti-oksidatif, anti-kanser dan antiinflamasi
terhadap banyak jenis kanser. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan
kesan madu gelam terhadap aras tekanan oksidatif sel kanser peparu manusia.
IC50 madu gelam ditentukan dengan merawat sel A549 dengan dos madu yang
berbeza (50-200 mg/ml). Sel dibahagikan kepada 4 kumpulan dan diaruh tekanan
oksidatif dengan menggunakan hidrogen peroksida (H2
O2
) mengikut kumpulan
tertentu: kawalan, H2
O2
, madu gelam, H2
O2
+ madu gelam. Selepas 24 jam
rawatan, biopetanda tekanan oksidatif seperti malondialdehid (MDA) dan protein
karbonil ditentukan. Aruhan tekanan oksidatif meningkatkan aras MDA (p