Resistance of diamondback moth (DBM), Plutella xylostela (L), to coventional pesticides and concerns about environmental quality have lead to increased worldwide efforts to develop viable biocontrol methods for DBM. The success of using parasitoids, especially larval parasitoids like Diadegma, Cotesia and Microplitis species for controlling DBM have been reported in several countries. These larval parasitoids of DBM are commonly found in the field. Diadegma semiclausum (=eucerophaga) Hellen is the major parasitoid of DBM in Europe and Asia, while Diadegma insulare (Cresson) are predominates in the Americas. To date, the bacterium, Bacillus thuringiensis Berliner subspecies kurstaki, has been the most widely used DBM pathogen. Although it is environment friendly pesticides, its effectiveness always vary with weather, field location and frequency of application per season. These are the main factors that contribute to the slow acceptance of B.thuringiensis by the cabbage growers worldwide. Because of this many studies have been done to improve its efficacay and persistence in the field. This paper provides an overview of the current status of these agents for use in controlling DBM and suggest research that is needed to improve the usefulness of these biocontrol agents and to maximize their impact on the DBM management in the future.
Ketahanan rama-rama belakang-intan (diamondback moth), Plutella xylostella (L.), kepada semua racun-racun perosak yang biasa digunakan untuk mengawalnya dan keprihatinan terhadap kualiti alam sekitar telah menyebabkan bertambahnya usaha mencari beberapa kaedah kawalan biologi rama-rama ini di seluruh dunia. Kejayaan menggunakan parasitoids, terutamanya parasitoid larva seperti spesies Diadegma, Cotesia dan Microplitis bagi kawalan serangga ini telah dilaporkan oleh beberapa negara. Parasitoid-parasitoid larva ini mudah didapati di lapangan. Diadegma semiclausum (=eucerophaga) Hellen adalah merupakan parasitoid utama di Eropah dan Asia, sementara Diadegma insulare (Cresson) predominen di benua America. Sehingga kini, bakteria Bacillus thuringiensis Berliner subspesies kurstaki, adalah sejenis patogen serangga yang digunakan secara meluas untuk mengawal rama-rama tersebut. Walaupun B. thuringiensis adalah sejenis racun makhluk perosak yang tidak mencemari alam sekitar, tahap keberkesanan tindakannya adalah kerap berubah-ubah mengikut perubahan cuaca, lokasi lapangan dan kekerapan penggunaannya. Ini adalah merupakan faktor-faktor penting yang menyebabkan kelambatan penerimaannya oleh penanam-penanam kobis di merata dunia. Oleh sebab inilah banyak kajian telah dan sedang dijalankan bagi memperbaiki tahap keberkesanan dan persistentnya di lapangan. Kertas ini disedia bagi memperihalkan status penggunaan kedua-dua jenis agen kawalan biologi disamping mengesyurkan penyelidikan yang perlu dibuat untuk mempertingkatkan kegunaan dan memaksimumkan dampaknya dalam pengurusan rama-rama ini masa akan datang.