Sains Malaysiana, 2007;36:1-8.

Abstract

Empat puluh sampel batuan granit berbutir kasar daripada Kuala Kubu Bharu telah dikumpulkan daripada 14 lokaliti di sepanjang singkapan jalan daripada Taman Bukit Bunga hingga ke kampung Pertak. Sampel-sampel teras selinder dan blok empatsegi telah disediakan daripada sampel lapangan tersebut untuk menjalani ujian halaju sonik dan mekanik setelah pengukuran beberapa sifat fizik. Nilai purata porositi berkesan sampel-sampel tersebut ialah 1.33 % manakala purata ketumpatan kering dan tepu adalah 2542 dan 2555 kg/m3. Graviti spesifik yang dihitung berjulat 2.1-2.9. Halaju denyut ultrasonik min gelombang P dan S yang melalui bahan batuan yang diuji ialah 5359 m/s dan 2890 m/s. Ujian-ujian mampatan sepaksi menunjukkan purata kekuatan mampatan sepaksi sampel yang bernilai 138.6 MPa. Nilai purata bagi indeks kekuatan beban titik Is(50) pula ialah 5.63. Oleh itu perkaitan kekuatan mampatan sepaksi dengan kekuatan beban titik ialah dengan faktor multiplikasi 25.