Abstract

Analisis terhadap sistem sel bahan api 5kW ini merangkumi analisis eksergeokonomi iaitu mengkaji kebolehdapatan tenaganya dan seterusnya analisis kesan ekonominya diambil kira selepas kebolehdapatan tenaganya dilakukan. Sistem sel bahan api dalam kes kajian terdiri daripada unit pemperosesan hidrogen dan unit pemprosesan bahan api dengan unit pemprosesan haba terdiri daripada reaktor auto-terma (ATR), reaktor pemindahan gas air (WGS), satu modul seramik (TMC) dan penjerap tekanan berayun (PSA). Stek sel bahan api penukar proton membran (PEMFC) adalah sumber penjana kuasa yang utama. Didapati modul seramik TCM dan penjerap PSA mempunyai kecekapan kebolehdapatan tenaga yang sangat rendah iaitu 0.29% dan 0.09%. Reaktor auto-terma dan stek sel bahan api pula adalah lebih tinggi iaitu 22.44% dan 31.97%, dan nilai-nilai ini adalah lebih kurang sama dengan kajian lain. Daripada pengiraan, didapati eksergoekonomi bagi 5 kW keseluruhan sistem sel bahan api kajian ini adalah sebanyak RM4756.62 per GJ. Analisis eksergoekonomi juga menunjukkan bahawa sistem sel bahan api akan menjadi lebih berekonomi jika kos operasi dan penyelenggaraan dan kos bahan api dapat dikurangkan.