Sains Malaysiana, 2010;39:233-237.

Abstract

Kegunaan Cetyl CacaoateTM dalam pembangunan produk gincu telah dinilai dengan mengubah nisbah campuran lilin carnauba, jojoba ester dan Cetyl CacaoateTM berdasarkan reka bentuk uji kaji Simplex centroid {3,3} melalui penilaian sensori oleh sembilan orang panel terlatih dengan kaedah analisis diskriptif kuantitatif. Atribut-atribut yang dipersetujui untuk penilaian sensori dalam sesi pembangunan bahasa sensori adalah senang disapu, bau tengik, kekerasan, tektur, kelembapan, kesan sapuan, berkilat, berminyak, keselesaan selepas guna dan warna kekal. Keputusan menunjukkan bahawa kehadiran Cetyl CacaoateTM dalam pemformulasian gincu akan meningkatkan skor bagi atribut senang disapu tetapi akan merendahkan skor bagi atribut kekerasan. Kehadiran Cetyl CacaoateTM memberi gincu lebih berminyak manakala lilin carnauba mengurangkan kesan berminyak. Tiada bau tengik yang dikesan dalam semua sampel. Analisis variasi antara panel menunjukkan terdapat kebezaan pendapat antara panel dalam penilaian sampel-sampel bagi atribut keselesaan selepas guna dan warna kekal. Nisbah lilin-lilin kosmetik dalam pemformulasian dasar gincu yang mempunyai skor yang hampir sama dengan sampel rujukan adalah ½ Cetyl CacaoateTM : ½ jojoba ester atau 2/3 Cetyl CacaoateTM : 1/6 jojoba ester : 1/6 lilin carnauba.