Abstract

Kobalt sulfida telah dihasilkan dengan kaedah pemendakan kimia di dalam kehadiran 0.1% ester sukrosa S1670s. Corak pembelauan sinar-x (XRD) menunjukkan kobalt sulfida yang dihasilkan mempunyai sifat amofos dan analisis sinar-x (EDX) menunjukkan kobalt sulfida yang terbentuk mempunyai nisbah atom Co: S dalam 1:1.08 iaitu CoS. CoS yang terbentuk mempunyai struktur liang bersaiz nano (~10 nm) apabila diperhatikan di bawah elektron mikroskop transmisi (TEM) dan disahkan oleh ujian penjerapan gas nitrogen (BET). Pembentukan struktur liang adalah disebabkan oleh struktur misel ester sukrosa yang mempunyai saiz misel dalam lingkungan 10 nm. CoS yang dihasilkan diuji keupayaan penjerapan dengan metilena biru sebagai sampel pewarna. Didapati keupayaan penjerapan optimum CoS ialah 110 mg/g dan pH yang paling sesuai untuk penjerapan berlaku adalah lebih daripada 6.