Sains Malaysiana, 2011;40:1187-1192.

Abstract

Ujian Alexander-Govern merupakan ujian kesamaan sukatan memusat yang teguh pada keadaan varians heterogen. Malangnya ujian ini tidak teguh pada keadaan data tidak normal. Adaptasi penganggar teguh seperti penganggar M satu langkah terubah suai (MOM) sebagai sukatan memusat menggantikan min didapati berupaya meningkatkan keteguhan ujian ini apabila dijalankan pada data terpencong. Penganggar ini mempunyai kelebihan berbanding min kerana tidak dipengaruhi oleh data yang tidak normal. Kajian ini mendapati bahawa ujian Alexander-Govern yang telah diubah suai ini berupaya mengawal Ralat Jenis I dengan baik pada data terpencong untuk semua keadaan. Kadar Ralat Jenis I yang dihasilkan kebanyakannya berada di dalam selang kriteria teguh ketat (0.045 hingga 0.055) pada aras keertian 0.05. Berbeza dengan kaedah pengujian asal yang mana pada kebanyakan keadaan, ujian teguh tetapi hanya dengan kriteria liberal (0.025 hingga 0.075), malahan ada kedaan yang mana ujian tidak teguh. Prestasi kaedah yang diubah suai ini juga setanding dengan keadah asal pada keadaan data normal. Kajian ini juga membandingkan kaedah Alexander Govern yang diubah suai dengan kaedah pengujian klasik seperti ujian-t dan ANO VA dan menyaksikan bahawa kaedah klasik tidak teguh pada keadaan varians heterogen.