Sains Malaysiana, 2018;47:1547-1556.

Abstract

Mangan oksida (MnO2
) poros nano yang mempunyai morfologi lapisan nipis telah disintesis dan diaplikasikan sebagai
penjerap pewarna sintetik komersial (remazol merah, eriokrom hitam dan metilena biru). Permukaan bahan silika
alumina yang telah diubah suai dengan 3-aminopropiltrietoksisilana (APTES) digunakan dalam proses sonokimia pada
suhu bilik dengan kehadiran 0.1 M kalium permanganat (KMnO4
) untuk menghasilkan komposit silika alumina-MnO2
.
Penyingkiran templat dijalankan untuk mendapatkan MnO2
tulen bersaiz nano. Spektrum FTIR menunjukkan kehadiran
getaran MnO2
dalam julat 400 - 600 cm-1 dan corak XRD menunjukkan kehadiran birnesit jenis MnO2
. Isoterma jerapnyahjerap
N2
menunjukkan MnO2
tulen memiliki liang yang bersifat mesoporos iaitu 34.8 Å (± 0.4), manakala luas
permukaan MnO2
ialah 252.8 m2
/g. Penjerap MnO2
lapisan nipis yang diperoleh menunjukkan kebolehan menjerap
pewarna eriokrom hitam dan metilena biru masing-masingnya sehingga 54% dan 99% serta kapasiti penjerapan masingmasing
ialah 0.0024 dan 0.0077 mmol/g. Kedua-dua isoterma penjerapan eriokrom hitam dan metilena biru oleh MnO2
masing-masing menepati ciri-ciri Langmuir dan Temkin. Sementara itu data kinetik penjerapan eriokrom hitam dan
metilena biru kedua-duanya memenuhi tertib pertama pseudo.