Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia Medical Centre
Medicine & Health, 2020;15(2):327-332.
MyJurnal

Abstract

Sesi praktikal konvensional sebelum ini telah dilaporkan kurang berkesan dalam mencapai objektif pembelajaran. Oleh itu “Speedy Biochemistry” diperkenalkan untuk membantu pelajar mengaplikasikan pengetahuan yang telah mereka pelajari di dalam kelas. Teknik ini memupuk semangat kerja berpasukan dan penerapan pengetahuan dalam penyelesaian masalah yang dapat dicapai melalui pembelajaran aktif. Pendekatan pembelajaran aktif telah kian diminati oleh para akademik kerana memberikan lebih banyak faedah kepada pelajar. Sesi “Speedy Biochemistry” telah dijalankan di kalangan pelajar perubatan Tahun 1 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan maklum balas mereka telah direkodkan. “Speedy Biochemistry” boleh menjadi contoh sesi pembelajaran aktif yang baik dalam meningkatkan minat pelajar perubatan di dalam mata pelajaran Biokimia.