Kemahiran keibubapaan, kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi dalam kalangan ibubapa adalah tiga aspek yang sangat penting untuk menjamin kesejahteraan sesebuah keluarga. Kajian dalam kalangan 187 orang ibu dan bapa ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kemahiran keibubapaan dan kefungsian keluarga serta hubungan antara kedua pemboleh ubah ini. Selain daripada itu hubungan antara kefungsian keluarga dengan kesejahteraan psikologi juga dikaji. Perbezaan antara jantina bagi ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut juga dikaji. Dapatan menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara kemahiran keibubapaan dengan kefungsian keluarga, serta kefungsian keluarga dengan kesejahteraan psikologi. Manakala ujian t pula menunjukkan terdapat perbezaan kemahiran keibubapaan antara lelaki dengan wanita, tetapi tidak terdapat perbezaan dari aspek kefungsian keluarga dan kesejahteraan psikologi. Implikasi kajian ini menunjukkan kepentingan kemahiran keibubapaan dan kefungsian keluarga dalam mencapai kesejahteraan psikologi.
Artificial neural network (ANN) was used in this study to determine water turbidity by using back propagation algorithm. Three wavelengths which represent reflectance intensity for eight standard samples were used as training input. The finding from the study shows that the trained network with number of epochs of 250,000 and learning rate of 0.001 gave the lowest sum of squared error (SSE) of 0.04. ANN was able to predict the turbidity of water based on the pattern recognition of the reflectance spectrum. The architecture of optimized ANN used in this study was 3:25:1. The average prediction error was 0.02.
[Jaringan neural tiruan (ANN) dengan lagoritma perambatan balik (BP) telah digunakan dalam kajian ini untuk menentukan kekeruhan air. Tiga panjang gelombang yang mewakili serapan bagi lapan sampel telah dipilih sebagai imput latihan. Hasil kajian menunjukkan bagi jaringan terlatih dengan bilangan ulangan latihan 250,000 dan kadar pembelajaran 0.001 telah memberikan nilai SSE yang terendah iaitu 0.04. Dalam kajian ini jaringan ANN didapati boleh menentu dan meramalkan nilai kekeruhan sample air berdasarkan corak serapan pantulan. Arkitektur yang sesuai bagi kajian ini adalah 3:25:1. Purata ralat ramalan adalah 0.02].
Blends of fiber-reinforced rubber (FRR) based on natural rubber-thermoplastic (NR/LLDPE) and epoxidized natural rubber Âthermoplastic (ENR/LLDPE) reinforced by aramid fibre have been done using melt blending process. Twaron aramid fibres (Teijin-Twaron) used in this project were treated with epoxy adhesion activated and resorcinol formaldehyde latex (RFL). It was found that with increasing amount of aramid fibre led to increase the maximum stress, tensile modulus, impact strength and hardness of the composites while the strain at break decreased rapidly. The results show that the optimum composition of filler loading in NR/LLDPE blend is 20%. However, in the case of the ENR/LLDPE composite, the tensile strength and modulus increase with increasing amount of the fibre above 20%. The results indicate that the interfacial adhesion between ENR/LLDPE and aramid is better than for the NR/LLDPE.
[Penyediaan adunan getah asli termoplastik dan getah asli terepoksida termoplastik yang diperkuat dengan gentian aramid telah dilakukan melalui proses adunan leburan. Gentian aramid yang digunakan adalah gentian pendek Twaron (Teijin-Twaron) yang dirawat dengan bahan pelekat epoksi dan resorcinolformaldehid latex (RFL). Hasil yang diperolehi menunjukkan bahawa kesan penambahan gentian aramid telah meningkatkan tegasan maksima, modulus regangan, kekuatan hentaman dan kekerasan kedua-dua adunan tersebut tetapi menurunkan nilai terikan pada takat putus. Bagi adunan NR/LLDPE didapati komposisi gentian yang paling optima adalah pada 20%. Penambahan gentian aramid seterusnya hanya menurunkan sifat mekanik adunan. Sebaliknya bagi adunan ENR/LLDPE, didapati komposisi gentian melebihi 20% masih menunjukkan peningkatan tegasan maksima dan modulus regangan. Keputusan ini menunjukkan bahawa interaksi antaramuka gentian aramid dan matriks dalam adunan ENR/LLDPE lebih baik berbanding NR/LLDPE].
Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
Kertas ini membentangkan hasil kajian terhadap sifat mekanikal dan fizikal titanium berbusa yang disinter pada suhu yang berbeza. Untuk kajian ini penghasilan titanium berbusa adalah menggunakan kaedah buburan dan menggunakan dua jenis titanium iaitu titanium tulen dan titanium aloi (Ti6Al4V). Buburan titanium disediakan dengan mencampurkan serbuk titanium, polietilena glikol (PEG), metilselulosa dan air. Setelah buburan titanium disediakan, busa poliuretana (PU) direndamkan di dalam buburan tadi dan kemudiannya dikeringkan di dalam ketuhar. Langkah terakhir adalah proses pensinteran yang dilakukan di dalam relau vakum. Suhu pensinteran adalah 1200oC, 1250oC dan 1300°C. Selepas sampel titanium berbusa diperolehi, ujian kekuatan mampatan dilakukan ke atasnya. Saiz liang dan sangga diukur dengan menggunakan mikroskop elektron imbasan (SEM). Saiz liang yang didapati adalah antara 388 μm hingga 1.07 mm dan saiz sangga adalah antara 59.4 μm to 227 μm. Nilai kekuatan tertinggi didapati untuk sampel yang telah disinter pada suhu 1250oC iaitu 14.85 MPa bagi titanium aloi. Hasil ujian ketumpatan pula adalah berbeza dengan ujian kekuatan mampatan iaitu titanium tulen memberikan ketumpatan yang paling tinggi iaitu 1.25 g/cm3 pada suhu 1300oC diikuti dengan peratusan keliangan sebanyak 65.05% untuk sampel yang sama. Secara keseluruhannya, suhu pensinteran 1250oC didapati paling sesuai untuk kedua-dua titanium tulen dan asli.
Time series analysis and forecasting has become a major tool in many applications in air pollution and environmental management fields. Among the most effective approaches for analyzing time series data is the model introduced by Box and Jenkins, ARIMA (Autoregressive Integrated Moving Average). In this study we used Box-Jenkins methodology to build ARIMA model for monthly ozone data taken from an Automatic Air Quality Monitoring System in Kemaman station for the period from 1996 to 2007 with a total of 144 readings. Parametric seasonally adjusted ARIMA (0,1,1) (1,1,2)12 model was successfully applied to predict the long-term trend of ozone concentration. The detection of a steady statistical significant upward trend for ozone concentration in Kemaman is quite alarming. This is likely due to sources of ozone precursors related to industrial activities from nearby areas and the increase in road traffic volume.
Sistem minigenom telah digunakan untuk mengkaji replikasi dan transkripsi virus RNA tidak bersegmen. Objektif kajian ini adalah untuk membina sistem minigenom bagi virus NDV strain tempatan, AF2240 serta bagi mengkaji mekanisme transkripsi dan replikasi virus ini. Bagi tujuan ini lima plasmid digunakan iaitu pMGNDV, pCITENP, pCITEP, pTriEX-T7, dan pGEML. Kesemua plasmid diekstrak secara berskala besar dan dimendakkan menggunakan polietilina glikol. Hasil ekstrak ini digunakan untuk transfeksi ke dalam sel. Translasi in vitro dilakukan dengan menggunakan pCITENP, pCITEP, dan pTriEX-T7 untuk memastikan kesemua konstruk ini berfungsi. Hasil pemblotan western menunjukkan protein bersaiz ~100 kDa (T7), ~53 kDa (NP), ~53 dan 55 kDa (P) berjaya diekspreskan. Protein CAT diperoleh apabila plasmid yang mengekodkan minigenom NDV ditransfeksi bersama plasmid yang mengekodkan protein nukleokapsid (NP), fosfoprotein (P) dan subunit besar polimerase (L) ke dalam sel BHK-21. Dianggarkan 55 pg protein CAT berjaya diperoleh menggunakan kit CAT ELISA. Hasil pemblotan western turut menunjukkan protein CAT bersaiz 25 kDa dihasilkan. Kesimpulannnya, system minigenom ini berupaya untuk berfungsi dan mampu mengekspreskan gen asing di dalam sel mamalia BHK-21.
The optimization of protein content in earthworm-based fish feed formulation was investigated in the study. Full factorial design (FFD) and central composite design (CCD) were used as a statistical tool to screen the range of the selected parameters and to optimize the process, respectively. Three components were combined in the fish feed formulation
namely earthworm powder, chicken guts and soybean waste as the protein source. The optimum nutritional values were obtained at 25%, 25% and 5.95% for earthworm powder, soybean waste and chicken guts, respectively, to give an optimum protein content of 35.97%. Formulation of fish feed from earthworm powder can be an alternative in aquaculture industry in the near future.
Kajian mengenai corak susunan sel salur dijalankan terhadap struktur kayu Baeckea frutescens bagi menilai perbezaan ciri anatomi spesies tersebut akibat impak daripada aktiviti rekreasi di Gunung Tahan, Malaysia. Plot kajian bersaiz 20 m × 20 m dibina di tiga kawasan perkhemahan utama dan penilaian dijalankan di sub-plot yang mewakili kawasan
terganggu dan kawasan kawalan. Kajian menunjukkan terdapat perbezaan pada susunan dan struktur sel salur B. frutescens antara kawasan kajian. Keputusan menunjukkan spesies yang tumbuh di kawasan terganggu mempunyai saiz sel salur yang lebih tinggi dengan nilai 177.06 µm2 berbanding 106.40 µm2 di kawasan kawalan. Bagi parameter tumbesaran pokok, nilai purata diameter di keseluruhan kawasan terganggu adalah 2.10 berbanding 1.55 cm di kawasan kawalan manakala nilai purata bacaan tinggi pokok adalah 0.95± 0.04 dan 0.82 ± 0.06 m bagi kedua-dua kawasan. Kebanyakan kajian lepas menunjukkan ciri anatomi kayu adalah tertakluk kepada faktor genetik sesuatu spesies namun kajian ini menghasilkan pemerhatian yang menarik dan ia menunjukkan bahawa faktor genetik anatomi sesuatu spesies kayu itu boleh berubah sebagai tindak balas terhadap sebarang gangguan dan respons kepada perubahan ciri ekologi sesebuah kawasan.
Obturation technique may have an effect on the apical seal following post space preparation. This study aimed to evaluate the apical seal of single cone and cold lateral condensation obturation techniques after post space preparation at two different timing. A total of 120 decoronated, single-rooted human premolars were divided into two groups (n=50) based on canal preparation and obturation techniques; group A - hand ProTaper/ single cone and group B - modified double-flared/ cold lateral condensation. Each group was then subdivided into two subgroups (n=25) (subgroup I- post space preparation immediately after obturation; subgroup II- post space preparation 7 days later). The remaining 20 teeth served as positive and negative controls. The external root surface was coated with nail varnish, submerged in 2% methylene-blue dye and incubated at 37°C for 72 h. Each tooth was later sectioned apico-coronally at 1 mm interval and evaluated using dissecting microscope. The results revealed that obturation techniques do not affect the apical seal (p>0.05). Immediate post preparation groups achieved significantly better seal for both obturation techniques when compared with the delayed groups at the level 3 mm and above from the apex (p<0.05). Immediate post space preparation provides better apical seal regardless of obturation techniques used.
A hybrid biofuel cell, a zinc-air cell employing laccase as the oxygen reduction catalyst is investigated. A simple cell design is employed; a membraneless single chamber and a freely suspended laccase in the buffer electrolyte. The cell is characterised based on its open-circuit voltage, power density profile and galvanostatic discharge at 0.5 mA. The activity of laccase as an oxidoreductase is substantiated from the cell discharge profiles. The use of air electrode in the cell design enhanced the energy output by 14%. The zinc-air biofuel cell registered an open-circuit voltage of 1.2 V and is capable to deliver a maximum power density of 1.1 mWcm-2 at 0.4 V. Despite its simple design features, the power output is comparable to that of biocatalytic cell utilising a much more complex system design.
Polylactic acid (PLA)/Epoxidized natural rubber (ENR-50) blends were prepared by melt extrusion followed by injection
molding to fabricate the test samples. The effect of ENR-50 loadings on the morphological, mechanical, chemical
resistance and water absorption properties of the blends were studied using standard methods. The toughness of the
blend improved with ENR loading up to 20 wt. % but flexural and tensile strength decreased. The balanced mechanical
properties were obtained at 20 wt. % ENR-50 loading. SEM showed good distribution and increased ENR particle size
as ENR content increased from 10 to 30 wt. %. The differential scanning calorimeter (DSC) showed a steady drop in
crystallization temperature (Tc
) as ENR content increases while the glass transition temperature (Tg
) remained unchanged.
Water absorption was observed to increase with ENR loadings. Increase in ENR content was also observed to reduce the
chemical resistance of the blends.
Family functioning and achievement motivation are two aspects that have been frequently discussed by psychologists. Findings from previous research found that both aspects are related to each other. The objective of this research was to identify the levels of family functioning and motivation achievements among civil servants from the Ministry of Human Resources. Besides that, this research intended to observe the influence of family functioning towards motivation achievement of the same sample. This research involved 945 respondents comprised of employees with different grades and position within the Ministry of Human Resource in which they were chosen via simple random sampling. The Family Functioning Style Scale (FFSS) was used to measure family functioning while the Cassidy and Lynn Achievement Scale (CLAM) was used to measure achievement motivation. Analysis was carried out using Statistical Package for Social Science (SPSS) version 22 on the data collected. Results showed that majority of the respondents were found to have high levels of family functioning, however, majority of the respondents reported average level of achievement motivation. Results also found that family functioning was influential to motivation achievement.
Presenteeism is a phenomenon described as when a worker comes to work while being sick. Presenteeism has become an issue in organizations because of its consequences on organizational productivity and workers’ well-being. The purpose of this study is to investigate the association between job factors and presenteeism. In this study, the works factors that were examined were job control, job demand, social support and job insecurity. Based on a cross sectional design, the study consisted of 663 public service officers from six department/ministries located in Putrajaya. The data were gathered from a set of questionnaires namely Job Content Questionnaire, Job Insecurity Scale and Stanford Presenteeism Scale. The results demonstrated job control, social support and job insecurity contribute significantly towards presenteeism. In addition, there were no differences in presenteeism between gender and job hierarchy. Findings of this study provide an insight on the relationship between job factors and presenteeism in the context of public service in Malaysia.
Kajian ini telah menilai kesan pelbagai faktor persekitaran terhadap darjah pengembungan hidrogel selulosa bakteria-asid akrilik. Campuran akues selulosa bakteria-asid akrilik (4:1) telah disediakan dan didedahkan dengan irradiasi alur elektron pada 35 kGy dan 50 kGy. Kadar pengembungan di bawah pengaruh pH, suhu dan kekuatan ionik telah dikaji dari 1 hingga 24 jam. Darjah pengembungan hidrogel bergantung kepada dos irradiasi yang diberi: hidrogel yang telah disintesis pada 50 kGy mempunyai darjah pengembungan yang lebih tinggi secara signifikan (p<0.0001) dalam metanol (619%) berbanding air suling (510%) pada suhu bilik selepas 24 jam. Kekuatan ionik persekitaran mempengaruhi dengan peningkatan kepekatan natrium klorida menurunkan darjah pengembungan. Hidrogel juga peka terhadap perubahan pH: pengembungan meningkat dengan peningkatan pH dan nilai optimal dicapai pada pH 7. Selain itu pengembungan juga meningkat dengan peningkatan suhu dari 25°C sehingga 50°C. Kesimpulannya, keupayaan hidrogel selulosa bakteria-asid akrilik dedahan irradiasi elektron bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan faktor persekitaran, menjadikan ia satu bahan yang boleh dibangunkan sebagai sistem penyampaian aktif untuk dadah, protein dan hormon.
Pengeluaran produk elektronik merupakan salah satu industri yang berkembang pesat di dunia pada masa kini. Peningkatan jumlah penggunaan plastik oleh sektor tersebut menjadi faktor kepada penghasilan sisa plastik elektronik. Bahan plastik elektronik kebiasaannya mengandungi pelbagai unsur kimia bagi membolehkannya bertindak sebagai perintang pemanasan semasa alat elektronik beroperasi. Umumnya, pendekatan terhadap konsep mengitar semula sisa plastik elektronik perlu diketengahkan bagi memelihara alam sekitar. Bagi tujuan tersebut, kajian dijalankan terhadap sisa plastik elektronik yang terdiri daripada pelbagai damar bagi mengenal pasti potensinya sebagai sumber kepada penghasilan tenaga dan bahan mentah. Kajian dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penentuan ciri fizikal dan kimia damar plastik dan pengiraan nilai pemanasan damar plastik berdasarkan formula Dulong. Hasil kajian mendapati nilai purata pemanasan sisa elektronik adalah sebanyak 30,872.42 kJ/kg (7,375 kcal/kg) manakala analisis faktor pancaran pula mendapati secara keseluruhannya kepekatan nilai pancaran yang berkemungkinan terhasil akibat daripada pelbagai aktiviti pengurusan adalah kurang daripada had-had parameter yang telah ditetapkan oleh Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Secara asasnya, kajian ini berjaya membuktikan potensi sisa plastik elektronik sebagai salah satu sumber kepada penghasilan bahan mentah dan juga penghasilan tenaga.
Ionic conductivity of composite polymer electrolyte PVC-Al2O3-LiClO4 as a function of Al2O3 concentration has been studied. The electrolyte samples were prepared by solution casting technique. Their ionic conductivity was measured using impedance spectroscopy technique. It was observed that the conductivity of the electrolyte varies with Al2O3 concentration. The highest room temperature conductivity of the electrolyte of 3.43 × 10-10 S.cm-1 was obtain at 25% by weight of Al2O3 and that without Al2O3 filler was found to be 2.43 × 10-11 S.cm-1. The glass transition temperature decreases with the increase of Al2O3 percentage due to the increasing amorphous state, meanwhile the degradation temperature increases with the increase of Al2O3 percentage. Both of these thermal properties influence the enhancement of the conductivity value. The morphology of the samples shows the even distribution of the Al2O3 filler in the samples. However, the filler starts to agglomerate in the sample when high percentage of Al2O3 is being used. In conclusion, the addition of Al2O3 filler improves the ionic conductivity of PVC-Al2O3-LiCIO4 solid polymer electrolyte.
Satu kajian penilaian kualiti ekosistem sungai di Sungai Kongkoi di Negeri Sembilan telah dijalankan dengan menggunakan makroinvetebrat bentik sebagai penunjuk biologi. Pensampelan telah dijalankan di 5 stesen yang telah dipilih dan tiga replikasi sampel air telah diambil untuk dianalisis. Makroinvertebrat bentik telah disampel dengan menggunakan jaring Surber pada tiga titik pensampelan yang berbeza. Pengukuran in situ telah dilakukan bagi parameter suhu, pH, oksigen terlarut (DO) dan kekonduksian dengan menggunakan meter YSI 556 MPS. Analisis makmal dilakukan
untuk parameter jumlah pepejal terampai (TSS), permintaan oksigen biokimia (BOD5), permintaan oksigen kimia (COD) dan ammoniakal-nitrogen (NH3-N). Berdasarkan kepada indeks kualiti air (WQI) dan pengkelasan sungai di Malaysia (NWQS), Sungai Kongkoi didapati mempunyai kualiti air yang baik dan berada dalam Kelas 1. Ujian ANOVA satu hala menunjukkan bahawa kebanyakan parameter kualiti air tidak berbeza dengan nyata di sepanjang stesen pensampelan (p>0.05, α=0.05). Sejumlah 2 filum, 3 kelas, 8 order, 32 famili dan 3228 individu makroinvertebrat bentik telah dikenal
pasti dan didominasi oleh famili Baetidae, Perlidae, Hydropsychidae dan Elmidae. Ujian faktor menunjukkan setiap famili di atas adalah paling sesuai digunakan sebagai penunjuk biologi di kawasan rekreasi.
Kajian mengenai penghasilan estolida berasaskan kepada asid risinoleik dan asid oleik telah dilakukan. Asid polihetero, asid 12-fosfotungstik dan asid silikotungstik telah digunakan sebagai mangkin dan tindak balas dilakukan pada suhu 60 atau 90ºC, selama 10 atau 24 jam. Nisbah mol antara asid risinoleik dan asid oleik ialah 2:1 dan peratus berat mangkin terhadap reaktan adalah 5%. Spektrum FTIR produk estolida telah dibandingkan dengan produk tindak balas yang menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Pembentukan estolida ditunjukkan dengan kehadiran tiga puncak baru pada 1733 cm-1 untuk kumpulan berfungsi C=O ester, 967 cm-1 untuk -CH=CH- trans dan 1177 cm-1 untuk C-O-C. Spektrum FTIR yang serupa juga telah diperoleh untuk produk menggunakan mangkin homogen asid perklorik. Analisis LC-MS menunjukkan terbentuk tiga puncak baru monoestolida pada masa penahanan (Rt) 8.6 (m/z 577), 10.2 (m/z 559) dan 12.1 minit (m/z 561). Hasil kajian menunjukkan tindak balas kondensasi antara oleik-risinoleik dengan menggunakan asid perklorik, pepejal asid silikotungstik dan asid fosfotungstik sebagai mangkin berjaya menghasilkan estolida masing-masing dengan peratus hasil 70.2, 70.0 dan 60.8%.