Abstract

Penanaman semula hutan paya bakau dipertimbangkan sebagai satu usaha terbaik bagi melindungi dan memelihara kawasan pesisir pantai. Dalam kajian ini sejumlah 180 anak benih Bruguiera cylindrica telah ditanam di kawasan pesisir pantai Pulau Carey. Dua set eksperimen daripada segi corak dan medium dilakukan dengan 3 plot replika bagi setiap rawatan dengan kaedah Blok Rawak Lengkap. Kadar keterushidupan anak bakau B. cylindrica dicatat setiap 2 minggu selama 20 minggu. Keputusan menunjukkan corak penanaman secara kelompok adalah lebih sesuai (20%). Anak bakau yang ditanam secara langsung di atas tanah menunjukkan kadar hidup yang lebih tinggi (30%). Namun ujian analisis ANOVA menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara ketiga-tiga corak taburan penanaman dan penggunaan medium yang berbeza ini terhadap keterushidupan anak bakau B. cylindrica.