Abstract

Proses pencecairan lignin soda telah dilakukan dengan menggunakan fenol dengan nisbah 1:3. Proses dilakukan selama 90 minit pada suhu 130oC dalam keadaan refluk. Hasil pencecairan iaitu pemfenolan lignin (PL) telah dianalisis dengan Spektrometer Inframerah Transformasi Fourier (FTIR), reometer dan analisis termogravimetri (TGA). Sampel yang disintesis dengan menggunakan asid hidroklorik sebagai mangkin memberikan keputusan yang terbaik. Analisis FTIR menunjukkan kehadiran kumpulan berfungsi yang signifikan seperti gelang aromatik, alkohol dan karbonil. Kesemua sampel PL mematuhi persamaan Arhenius dan bersifat pseudo-plastik. Peratus kehilangan berat sampel dan kadar penguraian sampel PL dipengaruhi oleh jenis mangkin yang digunakan. Sampel PL yang disintesis dikelaskan sebagai biopolimer resin fenolik.