Affiliations 

  • 1 Universiti Malaysia Sabah
MyJurnal

Abstract

Kepimpinan pengetua diterokai berdasarkan atribut semula jadi yang memfokuskan ketegasan kepimpinan pengetua dalam lapan bidang amalan pengurusan di sekolah. Kerangka teoritikal adalah bersandarkan Teori The Great Man dan model pengetua berkesan diaplikasikan dalam menjalankan kajian secara kualitatif iaitu melalui kajian kes tunggal. Data kualitatif ini diperolehi dengan menemubual pengetua, barisan pentadbir, guru kanan mata pelajaran, dan guru-guru. Data kualitatif dianalisa secara manual. Dapatan menunjukkan atribut semula jadi pengetua berdasarkan aspek ketegasan adalah mencerminkan kewibawaan sikap pengetua dalam amalan pengurusannya di sekolah. Aspek ini diteliti berdasarkan tema demografi pengetua dan pandangan guru-guru. Temu bual mendalam ini menjelaskan amalan pengurusan kepimpinan pengetua dalam lapan bidang utama di sekolah didapati menyokong dapatan sebagaimana dalam teori dibangunkan serta model pengetua berkesan. Bagaimanapun, dalam menghadapi cabaran impak globalisasi, pengetua juga memerlukan sokongan daripada pelbagai pihak sama ada warga sekolah mahupun pihak luar dalam mengurus sekolah dengan lebih berkesan.