Sektor pengeksportanmerupakan pemangkin pertumbuhanekonomiMalaysiadalam tempoh tiga dekad ini. Kemampuanuntuk mengekalkan atau meningkatkan tahap eksport menjadi faktor yang sangat penting dalam mengekalkan danmeningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.Mengambilkira pembangunan bidang-bidang berkaitan halal yangmenyeluruh, terutamanya dalam pengeluaran makanan halal di samping permintaan yang semakin meningkat terhadapproduk halal,Malaysia sepatutnya mampu lebih memperhebatkan eksportnya,untuk memenuhi permintaan global.Namun begitu, masih terdapat beberapaisu yang menyebabkan kadar pertumbuhan eksport makanan halal berkembangdengan perlahan daripada permintaan global. Oleh itu, pengkajian secara literatur akan dibuat untuk melihat isu tersebutdi mana hasil dapatan ini boleh digunakan sebagai garis panduan untuk menyusun strategi ke arah penambahbaikanpengeksportan makanan halal Malaysia ke seluruh dunia