Displaying publications 41 - 52 of 52 in total

Abstract:
Sort:
  1. Mohd Hanif Nasaruddin, Noor Qhairul Izzreen Mohd Noor, Hasmadi Mamat
    Sains Malaysiana, 2013;42:1283-1288.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan komposisi proksimat dan juga kandungan asid lemak durian kuning (Durio graveolens Becc.) Sabah. Kandungan lembapan, abu, protein kasar, lemak kasar, serat kasar, karbohidrat dan asid lemak telah ditentukan. Keputusan analisis proksimat menunjukkan durian kuning Sabah mempunyai kandungan lembapan sebanyak 66.5%, protein 3.1%, lemak 5.5%, abu 1.1%, serat kasar 3.7% dan 20.2% karbohidrat. Sebanyak 13 komponen asid lemak telah dikenal pasti dengan peratusan asid lemak tepu adalah lebih rendah (30.3%) berbanding asid lemak tidak tepu (69.7%). Peratusan asid lemak tepu yang paling tinggi adalah asid miristik (14.5%) manakala asid laurik adalah terendah (1.3%). Untuk asid lemak tidak tepu pula, asid oleik paling tinggi (22.2%) manakala asid lemak miristoleik paling rendah (1.9%).
    Matched MeSH terms: Pallor
  2. Ramlan Omar, Noraswana Nor Faiz
    Sains Malaysiana, 2010;39:199-207.
    Kajian mengenai taburan ostrakod di dalam sedimen luar pantai telah dijalankan sekitar Pulau Besar, Johor. Sebanyak 11 stesen telah dipilih sebagai stesen pensampelan. Sebanyak 47 spesies ostrakod hidup dan mati daripada 37 genus dan 18 famili telah dikutip dan dikenal pasti. Sebanyak 1036 spesimen mati dan 932 spesimen hidup telah dijumpai di kawasan kajian. Spesies yang paling dominan adalah Pistocythereis cribriformis dan famili yang paling dominan ialah Trachyleberididae. Famili yang mempunyai kepelbagaian spesies terbanyak ialah Trachyleberididae dengan 14 spesies. Beberapa parameter fiziko-kimia telah diukur secara in-situ terdiri daripada suhu, saliniti, oksigen terlarut, pH dan kedalaman. Julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 27.05-30.80oC, 31.20-34.01 ppt, 6.90-11.93 mg/L dan 6.60-20.50 m. Bagi parameter fiziko-kimia ex-situ seperti peratus bahan organik, pasir, lodak dan lempung dengan julat bagi setiap parameter masing-masing adalah 1.98-7.58%, 74.87-95.05%, 0.05-24.21% dan 0.75-9.74%. Tekstur sedimen di kawasan kajian boleh dikelaskan kepada pasir berlodak, pasir sangat halus, pasir halus, pasir sederhana dan pasir kasar. Indeks Shannon-Wiener, H(S) yang paling tinggi dicatatkan pada stesen ST 6 dengan 2.91 dan paling rendah pada stesen ST 11 iaitu 2.26. Kelimpahan dan kepelbagaian ostrakod adalah berkait dengan ciri-ciri sedimen. Peratus lodak menunjukkan korelasi positif yang signifikan manakala suhu dan peratus pasir menunjukkan korelasi negatif yang signifikan dengan kelimpahan ostrakod bentos. Parameter-parameter fiziko-kimia yang lain tidak menunjukkan hubungan yang signifikan.
    Matched MeSH terms: Pallor
  3. Nurul Shazana Abdul Hamid, Viksuthorn Ai Wen, Nur Izzati Mohd Rosli, Akimasa Yoshikawa, Akimasa Yoshikawa
    Sains Malaysiana, 2018;47:1923-1929.
    Sistem arus di ionosfera khatulistiwa terdiri daripada elektrojet khatulistiwa (EEJ) dan suria senyap (Sq). Arus EEJ merupakan satu jalur arus yang mengalir ke arah timur sepanjang kawasan dip khatulistiwa. Arus Sq pula adalah gegelung arus yang mengalir di hemisfera utara dan selatan bumi pada arah yang bertentangan. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis kesan aktiviti matahari terhadap profil latitud sistem arus, khususnya di kawasan Asia Tenggara. Data yang digunakan dalam kajian ini merangkumi data geomagnet daripada lima stesen magnetometer dalam rangkaian MAGDAS iaitu stesen Muntinlupa (MUT), Cebu (CEB), Davao (DAV), Manado (MND) dan Pare Pare (PRP). Keamatan arus EEJ yang paling tinggi adalah pada waktu tengah hari sekitar 1000 dan 1100 LT semasa solar minimum dan kajian ini telah menganalisis sistem arus daripada 1000 hingga 1400 LT. Analisis menunjukkan bahawa ribut geomagnet yang berlaku pada 23 April 2008 adalah disebabkan oleh letusan jirim korona (CME) yang memberikan peningkatan kepada nilai arus pada hari tersebut. Peningkatan yang ketara dapat dilihat pada arus di stesen hemisfera selatan, iaitu stesen MND dan PRP. Berdasarkan analisis yang dilakukan, ia turut mendapati bahawa ribut geomagnet memberikan peningkatan kepada nilai arus walaupun di luar waktu puncak. Selain itu, profil arus ini turut dibandingkan dengan profil arus pada hari senyap iaitu pada 21 April 2008.
    Matched MeSH terms: Pallor
  4. Nurul Akhma Zakaria, Ahmad Abas Kutty
    Sains Malaysiana, 2018;47:2601-2608.
    Masalah pencemaran sumber air tawar dan kesan ketoksikan logam telah mendapat perhatian di serata negara. Dua
    spesies organisma air tawar daripada filum moluska Filopaludina sumatrensis dan Corbicula fluminea didedahkan
    kepada tiga logam terpilih iaitu arsenik (As) kromium (Cr) dan selenium (Se) pada kepekatan berbeza selama 96 jam di
    dalam makmal terkawal. Kadar kematian dinilai serta kepekatan kematian median (LC50) dan masa kematian median
    (LT50) dihitung. Nilai LC50 dan LT50 didapati menurun dengan pertambahan masa dan kepekatan pendedahan bagi
    kedua-dua spesies dan kesemua logam. Keputusan daripada kajian ini memperlihatkan ketoksikan logam As, Cr dan Se
    semakin meningkat dengan peningkatan kepekatan dan masa pendedahan logam kepada F. sumatrensis dan C. fluminea.
    Nilai LC50 96 jam As, Cr dan Se bagi F. sumatrensis adalah 4.22, 3.78 dan 45.92 mg/L dan 11.84, 2.23 dan 35.63 mg/L
    masing-masing bagi C. fluminea. Keputusan menunjukkan Cr adalah logam paling toksik terhadap F. sumatrensis dan
    C. fluminea. Trend ketoksikan logam bagi kedua-dua moluska ini adalah sama iaitu Cr > As > Se.
    Matched MeSH terms: Pallor
  5. Wan Malissa Wan Mohd Aminuddin, Wan Rosmanira Ismail, Husyairi Harunarashid
    Sains Malaysiana, 2018;47:2231-2240.
    Jabatan Kecemasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menerima kedatangan pesakit yang
    ramai pada setiap hari menyebabkan jabatan ini kerap berdepan dengan masalah kesesakan. Justeru, objektif kajian ini
    adalah mengenal pasti model pengoptimuman terbaik untuk menambahbaik sumber bagi meningkatkan tahap kecekapan
    Jabatan Kecemasan PPUKM dan menyelesaikan masalah kesesakan jabatan. Kaedah simulasi digunakan bagi membina
    model jabatan kecemasan dengan pemboleh ubah yang digunakan dalam pemodelan simulasi ini adalah dikhususkan
    berdasarkan zon atau ruang rawatan. Alternatif penambahbaikan yang dicadangkan ini mengandungi konfigurasi bilangan
    sumber jabatan yang baru. Enam model gabungan yang digunakan terdiri daripada Model CCR dan Set Rujukan, Model
    BCC dan Set Rujukan, Model CCR dan Kecekapan-Super, Model BCC dan Kecekapan-Super, Model Bi-Objektif MCDEACCR dan Kecekapan Silang dan Model Bi-Objektif MCDEA-BCC dan Kecekapan Silang. Model Bi-Objektif MCDEA-BCC
    merupakan lanjutan kepada Model Bi-Objektif MCDEA-CCR daripada kajian terdahulu. Keputusan kajian menunjukkan
    Model Bi-Objektif MCDEA-BCC yang dibina telah memberikan bilangan alternatif penambahbaikan cekap yang paling
    kecil berbanding model-model gabungan lain. Melalui model gabungan ini juga satu alternatif penambahbaikan yang
    optimum yang telah dicadangkan dapat mengurangkan masa menunggu pesakit di Zon Hijau sebanyak 51% manakala
    peratusan penggunaan tenaga kerja sumber berjaya ditambahbaik agar lebih munasabah. Alternatif ini memerlukan
    susun atur kembali kedudukan sumber tanpa melakukan perubahan yang besar ke atas sistem asal.
    Matched MeSH terms: Pallor
  6. Azmi H, Che Haron C, Ghani J, Suhaily M
    Sains Malaysiana, 2018;47:829-838.
    Serabut kenaf merupakan salah satu serabut berasaskan tumbuhan di dalam kumpulan serabut asli yang semakin luas
    penggunaannya. Serabut kenaf dicampurkan dengan bahan plastik (epoksi) bagi menghasilkan suatu bahan baharu
    dengan sifat mekanikal yang baik dengan kos pembuatan yang rendah. Bahan kerja ini terbahagi kepada dua jenis iaitu
    serabut kenaf ekaarah dan serabut kenaf tenunan. Uji kaji ini akan menumpukan kepada pembandingan kesan faktor
    pelekangan Fd yang terhasil semasa proses pemesinan kisar ke atas bahan komposit tersebut dengan penentuan set
    parameter mesin yang paling optimum bagi mengurangkan kesan Fd. Uji kaji dijalankan berdasarkan analisis kaedah
    gerak balas permukaan (RSM) dengan pendekatan reka bentuk Box-Behnken bagi mendapatkan hasil faktor bersandar
    terhadap sambutan. Faktor yang terlibat adalah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan. Proses
    pengisaran secara lelurus (lurah) dilakukan bagi melihat kesan Fd yang terhasil dengan menggunakan perkakasan mata
    alat jenis Keluli Berkelajuan Tinggi (HSS) tidak bersalut hujung rata berdiameter 10 mm. Imej daripada mikroskop
    menunjukkan bahan komposit serabut kenaf ekaarah menghasilkan faktor pelekangan yang tinggi berbanding kesan
    ke atas bahan komposit serabut kenaf bertenun. Bagi set parameter optimum pula, bahan kerja serabut kenaf ekaarah
    ialah kelajuan pemotongan, kadar suapan dan kedalaman pemotongan yang rendah. Manakala bagi bahan kerja serabut
    kenaf bertenun, set parameter optimum adalah kelajuan pemotongan yang rendah dengan kadar suapan dan kedalaman
    pemotongan yang tinggi.
    Matched MeSH terms: Pallor
  7. Cheku Nurul Aisyah, Ahmad Fudholi, Mohd Yusof Othman, Adnan Ibrahim, Mohd Hafidz Ruslan, Kamaruzzaman Sopian
    Sains Malaysiana, 2018;47:853-859.
    Kajian ini bertujuan untuk mereka bentuk dan mengkaji prestasi pengumpul fotovoltan-terma (PV/T) dengan menggunakan
    reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin. Reka bentuk pengumpul terma aliran air secara pilin telah dibina
    semula daripada reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul terma ini menggunakan saiz tiub yang lebih besar dan
    jarak antara tiub lebih dekat berbanding dengan reka bentuk penyelidik sebelum ini. Pengumpul PV/T ini telah diuji di
    bawah tiga keamatan yang berbeza iaitu 300, 500 dan 700 W/m2 serta diuji pada kadar aliran jisim air yang berbeza
    iaitu 0.01, 0.02 dan 0.04 kg/s. Pada keadaan yang sama, kecekapan fotovoltan, terma dan tergabung juga menunjukkan
    nilai yang paling tinggi, iaitu 4.18%, 76.68% dan 80.86%. Kecekapan terma yang dihasilkan pada kajian ini lebih tinggi
    dibandingkan dengan kajian sebelumnya.
    Matched MeSH terms: Pallor
  8. Wong YY, Alauddin H, Raja Sabudin RZA, Ithnin A, Jalil N, Abdul Latiff Z, et al.
    Malays J Pathol, 2021 Apr;43(1):95-100.
    PMID: 33903312
    The Siriraj I Gγ(Aγδβ)0-thalassaemia is a novel mutation involving a 118kb deletion of the β-globin gene cluster. It was first reported in 2012 in two unrelated families from the southern part of Thailand. The carriers in the heterozygous state are clinically asymptomatic. Nonetheless, its complex interaction with other β-thalassaemia could give rise to different clinical phenotypes, ranging from mild thalassaemia intermedia to thalassaemia major. We report here a case of a six-year-old Malay boy, presented with pallor, growth failure and hepatosplenomegaly. His haemoglobin at presentation was 9.2g/dL with a mean cell haemoglobin of 22.6pg and a mean cell volume of 69.9fl. His peripheral blood smear showed features of thalassaemia intermedia. Haemoglobin (Hb) analysis revealed markedly raised Hb F (83%), normal HbA2 levels and absent HbA. Deoxyribonucleic acid (DNA) analysis showed compound heterozygous IVS1-1 (G→T) β-globin gene mutation and Siriraj I Gγ(Aγδβ)0-deletion (genotype βIVS1-1/ β Siriraj I deletion). Both his father and elder sister are carriers of Siriraj I Gγ(Aγδβ)0-thalassaemia while his mother carries IVS1-1 (G→T) gene mutation. Clinically, the patient is transfusion dependent on six weekly regime. To the best of our knowledge, this is the first reported case in Malaysia involving unique Siriraj I Gγ(Aγδβ)0-thalassaemia and IVS1-1 (G→T) in a compound heterozygous state. In summary, detection of Siriraj I Gγ(Aγδβ)0-thalassaemia is essential as this deletion can lead to severe disease upon interaction with a β-thalassemia point mutation as demonstrated in our case. The establishment of effective carrier screening and genetic counselling is important to prevent its adverse consequences.
    Matched MeSH terms: Pallor
  9. Ng SM, Abdullah WA, Lin HP, Chan LL
    PMID: 10695803
    To study the distribution of presenting features and their prognostic significance in neuroblastoma treated in a single institution in Malaysia. A retrospective study was made of 78 neuroblastoma cases diagnosed and treated in the University Hospital, Kuala Lumpur, Malaysia between June 1982 and February 1997. Diagnosis was established by standard histological criteria. The presenting features were evaluated for their distribution and prognostic influence. Disease-free survival from diagnosis was the outcome variable of interest. The ages ranged from 0.1 to 11 years old (median: 3 years old). The tumor originated from the adrenal glands in 83% and the majority of cases presented in advanced stage (stage III 22%, stage IV 66%). Bone marrow was the commonest site of distant metastasis occurring in 45% of patients. The main presenting signs and symptoms in decreasing order were pallor, fever, abdominal mass, weight loss, and bone/joint pain. Univariate analysis conferred age, initial stage and Hb level as significant prognostic factors. No influence in disease-free survival was found for sex, race, primary site, urinary vanillylmandelic acid level, white cell count and platelet count. Overall 2-year disease-free survival was achieved in 27 (39%) patients. Four patients underwent bone marrow transplant, three of whom achieved 2-year disease-free survival. The results suggest that age, initial stage and hemoglobin level are significant prognostic factors based on univariate analysis. In addition, more Malaysian children presented with adrenal primary site and advanced disease compared to previous reported studies.
    Matched MeSH terms: Pallor/etiology
  10. Nurul Huda Abdul,, Che Salmah Md Rawi
    Trop Life Sci Res, 2019;30(2):1-13.
    MyJurnal
    Siasatan terhadap taburan dan kelimpahan kumpulan pemakanan
    makroinvertebrata akuatik di Sungai Bogak, Kerian dan Serdang di lembangan sungai
    Kerian menunjukkan terdapat 120 genera dari 59 keluarga dari 13 order makroinvertebrata.
    Pemangsa terutamanya Odonata, Hemiptera dan Coleoptera adalah kumpulan yang paling
    biasa dan didapati dalam kepadatan tinggi di Sungai Bogak (sungai yang diubah suai)
    dan Sungai Kerian (sungai utama). Kumpulan dominan kedua di kedua-dua sungai itu
    adalah pemungut-kumpul (Diptera dan Ephemeroptera) diikuti oleh pengikis (moluska).
    Pola kumpulan pemakanan yang berlainan diperhatikan di Sungai Serdang (anak Sungai
    Kerian). Kumpulan yang paling banyak adalah pemungut-kumpul, diikuti oleh pemangsa
    dan pengikis. Secara umum, kelimpahan pemangsa menunjukkan korelasi positif dengan
    kelimpahan mangsa mereka (kumpulan pemakanan lain). Kelimpahan pemangsa terutama
    di Sungai Bogak dan Kerian, sangat dipengaruhi oleh parameter seperti PO43-, NO3-N
    dan Zn. Kelimpahan pemungut-kumpul di sungai Serdang pula dipengaruhi oleh suhu
    dan halaju air, TSS, kekeruhan serta kandungan Mn dan Cu di dalam sedimen. Walau
    bagaimanapun, semua parameter air mempengaruhi secara lemah kelimpahan kumpulan
    pemakanan di semua lokasi. Banyak pemungut-kumpul di Sungai Serdang dikaitkan dengan
    air yang diperkaya oleh sisa antropogenik dari kawasan kediaman sekitar. Pada umumnya,
    kumpulan pemakanan yang dominan di setiap sungai mencerminkan pengaruh keadaan
    persekitaran yang berbeza dan ketersediaan sumber makanan di kawasan tersebut
    Matched MeSH terms: Pallor
  11. Oscar Crehan, James Mair, Siang Hii Yii, Che Din Mohd Safuan, Zainudin Bachok
    Trop Life Sci Res, 2019;30(2):1-18.
    MyJurnal
    Terumbu karang adalah ekosistem yang paling mempunyai kepelbagaian biologi di planet ini. Terumbu karang hanya dijumpai dalam lingkungan pengecilan parameter julat yang sempit, yang meletakkan terumbu karang berisiko di seluruh dunia. Terumbu karang dipengaruhi oleh kesan antropogenik dan alam sekitar yang mengubah taburan genera karang. Memahami di mana jenis karang yang berbeza terletak dan bagaimana setiap genus terjejas oleh tekanan tempatan dan global adalah penting untuk pemuliharaan. Teknik coral video transect mula digunakan pada bulan Mei 2016 untuk membandingkan taburan genera karang di tapak yang dipengaruhi oleh faktor-faktor yang berbeza. Tapak yang mempunyai impak paling sedikit mencatatkan pelitupan karang yang paling tinggi, tapak yang berkaitan dengan sedimen mencatatkan pelitupan yang paling rendah, dan tapak yang mempunyai aktiviti pelancongan yang tinggi mempunyai pelitupan alga yang paling besar. Acropora didapati dominan di Kepulauan Bidong dan Pulau Redang, manakala Favia, Fungia dan Porites mempunyai perlindungan karang yang agak tinggi di setiap tapak
    Matched MeSH terms: Pallor
  12. WAN NAQIYAH WAN ABDUL MAJID, ROHANA AHMAD
    MyJurnal
    Keusahawanan sering dianggap sebagai subjek yang lebih cenderung kepada pelajar dalam bidang perniagaan tetapi tidak untuk pelajar yang mempunyai pelbagai kemahiran yang terlibat dalam bidang teknikal. Namun, ini adalah satu tanggapan yang tidak seharusnya wujud kerana Malaysia seharusnya perlu mengenal pasti kesedaran keusahawanan dalam bidang teknikal. Pada masa kini, kesedaran keusahawanan dalam bidang teknikal tertentu adalah kurang lantaran program keusahawanan lazimnya lebih tertumpu kepada pelajar InstitusiPengajian Tinggi (IPT). Misalnya, Pembangunan Keusahawanan Bumiputera adalah lebih tertumpu kepada golongan siswazah IPT, belia dan wanita. Dasar Pembangunan Keusahawanan IPT juga diperkenalkan agar modal insan dengan daya pemikiran, atribut dan nilai keusahawanan dalam kalangan IPT tempatan dapat dilahirkan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti tahap kesedaran keusahawanan dalam kalangan pelajar Institut Latihan Perindustrian (ILP) di Terengganu berhubung dengan faktor keusahawanan dari aspek individu usahawan yang berbeza serta struktur dan persekitaran perniagaan. Seterusnya, mengkaji hubungan antara kesedaran keusahawanan dengan pembolehubah tidak bersandar lain yang berkait dengan kajian seperti ciri keusahawanan dan cabaran keusahawanan. Kaedah kuantitatif telah digunakan dan borang soal selidik diedarkan kepada 280 orang pelajar. Hasil analisis regresi berganda menunjukkan bahawa cabaran keusahawanan merangkumi sikap dan minat, kemahiran keusahawanan serta pendidikan dan pengetahuan keusahawanan merupakan elemen paling signifikan yang mempengaruhi kesedaran keusahawanan dalam kalangan pelajar berkemahiran diILP untuk menjadi seorang usahawan. Oleh itu, adalah sangat penting bagi kerajaan Malaysiauntuk memberi perhatian terhadap cabaran yang dihadapi oleh para pelajar ini dan mengambil tindakan terhadap segala kemungkinan yang boleh mempengaruhi atau memberi kesan kepada minat pelajar terhadap keusahawanan pada masa akan datang.
    Matched MeSH terms: Pallor
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links