Affiliations 

  • 1 Universiti Kebangsaan Malaysia
  • 2 University of Malaya Medical Centre
MyJurnal

Abstract

Pelbagai bentuk pendekatan pengendalian pergerakan lipatan vokal paradoksikal (PLVP) telah dibincangkan dalam kajian-kajian sebelum ini, tetapi adalah penting untuk mengiktirafkan sifat kompleksiti kecelaruan ini dan perlunya diagnosis yang betul bagi membolehkan pengendalian yang sewajarnya dijalankan. Dapatan penyelidikan mendapati bahawa kecelaruan ini lazimnya berlaku di kalangan wanita muda yang mempunyai sejarah masalah perubatan yang berkaitan. Artikel ini membincangkan tentang kajian kes tunggal tentang seseorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun yang mempunyai kecelaruan PLVP. Keadaan PLVP ini telah didiagnosis oleh pakar Otorinolaringologi di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Ujian nasendoskopi menunjukkan pergerakan lipatan vokal adalah normal dalam pernafasan senyap dan sewaktu serangan episodik. Kanak-kanak ini kemudiannya dirujuk untuk terapi pertuturan; kecelaruan PLVPnya dikendalikan khususnya menggunakan rehabilitasi pertuturan. Pengurusan kecelaruan bagi kanak-kanak lelaki ini dibincangkan daripada mula rawatan sehingga beliau didiscaj daripada rawatan.