Abstract

Rakaman panggilan katak Borneo daripada genus Hylarana telah dijalankan di tujuh lokasi kajian di Sarawak, Malaysia. Sebanyak 12 individu daripada lima spesies katak Borneo telah berjaya dirakam dan dianalisis. Daripada 38 pembolehubah panggilan, hanya 27 daripadanya dapat menerangkan ciri-ciri panggilan daripada katak Hylarana Borneo. Saiz katak jantan mempengaruhi secara signifikan tenaga panggilan antara 90:50% amplitud puncak, tempoh nadi di antara 50%, nisbah tempoh panggilan untuk mencapai setengah modulasi frekuensi dan kadar ulangan not. Saiz katak Hylarana Borneo sedikit mempengaruhi frekuensi asas dan dominan panggilan. Di samping itu, taburan pembolehubah panggilan katak dan dendogram Euclid menyokong identiti taksonomi bagi setiap spesies katak Borneo Hylarana.