Displaying publications 1 - 20 of 120 in total

Abstract:
Sort:
  1. Singh, Yasminder Kaur Mahinderjit, Koh, Denise Choon Lian
    Movement Health & Exercise, 2018;7(1):129-143.
    MyJurnal
    Perkembangan motor kasar merupakan asas kepada pergerakan lanjutan dan
    kemahiran spesifik dalam sukan. Kajian ini merupakan satu kajian
    eksperimental yang bertujuan mengkaji tahap perkembangan motor kasar
    dikalangan kanak-kanak di daerah Kuala Pilah. Antara objektif kajian ini
    adalah untuk mengenal pasti tahap pengusaan kemahiran lokomotor dan
    kawalan objek dalam kalangan kanak-kanak di daerah tersebut, mengenal
    pasti perbezaan perkembangan motor kasar dalam kalangan kanak-kanak
    tersebut berdasarkan jantina dan mengenal pasti perbezaan perkembangan
    motor kasar dalam kalangan kanak-kanak tersebut berdasarkan lokasi sekolah
    iaitu bandar dan luar bandar. Kajian ini penting kerana perkembangan dan
    penguasaan motor kasar di kalangan kanak-kanak adalah amat penting bagi
    penglibatan sukan, permainan dan aktiviti rekreasi. Kegagalan penguasaan
    kemahiran motor memberikan kesan ke atas kanak-kanak dalam konteks
    pergaulan harian, keyakinan diri dan masalah pembelajaran. Kajian ini
    melibatkan seramai 160 orang kanak -kanak yang berumur 7 tahun mewakili
    8 buah sekolah rendah yang dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Data
    dikumpul berdasarkan pemerhatian berstruktur terhadap ke semua sampel
    semasa menjalani ujian TGMD (Test of Gross Motor Develepment) dan
    diinterpretasi menggunakan nilai GMQ (Gross Motor Quotients) Hasil
    analisis data mendapati tahap perkembangan kemahiran lokomotor dan
    kawalan objek kanak-kanak di daerah Kuala Pilah adalah majoritinya ditahap
    purata dengan 85.6 % berada ditahap sekurang-kurangnya purata dan ke
    bawah. Dapatan Ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
    signifikan antara jantina dalam perkembangaan motor kasar kanak-kanak di
    Daerah Kuala Pilah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang
    signifikan antara kanak-kanak daripada sekolah bandar dan luar bandar dalam
    perkembangaan motor kasar.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  2. Nor Rahafza Abdul Manap, Roslinda Shamsudin, Mohd Norhafsam MaghpoR, Muhammad Azmi Abdul Hamid, Azman Jalar
    Sains Malaysiana, 2017;46:953-965.
    Sifat isoterma dan kinetik penjerapan formaldehid ke atas komposit serbuk serat kelapa sawit-TiO2 yang melibatkan sistem gas-pepejal adalah dikaji. Komposit serbuk serat kelapa sawit-TiO2 dihasilkan dengan mencampurkan serbuk kelapa sawit dan serbuk TiO2 dengan nisbah 8:2 menggunakan teknik pengisaran mekanik. Pengujian dijalankan di dalam kebuk ujian dengan komposit serbuk kelapa sawit-TiO2 dibiarkan untuk menjerap dan mengurangkan nilai kepekatan formaldehid secara pasif. Didapati nilai penjerapan maksima dan sifat kinetik penjerapan bergantung kepada kepekatan awal formaldehid. Kepekatan awal, Ci, 2.1 ppm dan 0.5 ppm masing-masing diwakili oleh pseudo-tertib pertama dan pseudo tertib kedua, manakala Ci = 0.75 dan 0.9 ppm diwakili oleh model Elovich. Isoterma penjerapan formaldehid diwakili oleh isoterma Freundlich dengan nilai korelasi tertinggi R2 = 0.9397 berbanding nilai korelasi isoterma Langmuir (R2 = 0.8692) dan isoterma Temkin (R2 = 0.8756). Parameter keseimbangan, 0
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  3. Suhaila Sepeai, Wan Zulhafizhazuan, Cheow SL, Ludin N, Ibrahim M, Sopian K, et al.
    Sains Malaysiana, 2017;46:1943-1949.
    Sel suria adalah peranti semikonduktor yang menukar tenaga matahari kepada tenaga elektrik. Sel suria generasi
    pertama terdiri dari sel suria silikon (Si). Pada masa ini, hampir 90% daripada pasaran pengeluaran fotovolta (PV)
    adalah berdasarkan wafer Si. Ini disebabkan oleh kecekapan dan ketahanan yang tinggi serta jangka hayat yang
    lama iaitu selama 30 tahun. Proses pemfabrikasian piawai bagi sel suria Si dimulakan dengan proses pencucian dan
    penteksturan wafer Si, difusi Fosforus untuk pembentukan pemancar, pembentukan elektrod atas dan bawah melalui
    proses cetakan skrin dan proses pembakaran yang melengkapkan fabrikasi sel suria. Dalam industri, proses piawai
    ini dilakukan pada wafer Si jenis-p. Wafer jenis-n pula mempunyai potensi yang tinggi untuk menghasilkan sel suria Si
    yang berkecekapan tinggi. Namun, proses untuk menghasilkan sel suria silikon atas Si wafer jenis-n melalui proses yang
    lebih rumit dan lama seperti dua peringkat proses difusi menjadikan wafer jenis-p digunakan secara meluas kerana
    dapat merendahkan kos pemfabrikasian. Dalam penyelidikan ini, analisis bagi arus-voltan bagi sel suria Si jenis-n yang
    difabrikasi menggunakan adaptasi proses fabrikasi piawai bagi wafer Si jenis-p akan dibincangkan. Daripada kajian
    simulasi menggunakan perisian PC1D, didapati bahawa kecekapan bagi sel suria jenis-p dan jenis-n yang difabrikasi
    dengan kaedah yang sama adalah 19.63% dan 20.16%. Manakala keputusan eksperimen menunjukkan kecekapan
    sebanyak 9.44% dan 5.51% bagi sel suria jenis-p dan jenis-n.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  4. Aniza, I., Syed Mohamed Aljunid, Jamsiah, M.
    MyJurnal
    Skim Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah diperkenalkan pada tahun 2002 menggantikan skim Sistem Saraan Baru (SSB) kepada kakitangan sektor awam. Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPKA) pada 2004 yang bertujuan untuk mendapatkan persepsi mereka mengenai skim SSM. Semua PPKA yang berdaftar dengan Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam (PPPKA) yang berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dipilih sebagai responden. Kajian ini menggunakan borang soalselidik yang diisi sendiri oleh responden. Kadar respon kajian ini ialah 70.0% iaitu 217 responden. Kajian ini mendapati sebanyak 80.6% PPKA tidak bersetuju dengan pelaksanaan SSM, hanya 7.4% bersetuju dan sebanyak 12.0% berkecuali. Kelemahan-kelemahan utama SSM yang dikenalpasti oleh responden yang tidak bersetuju dengan SSM ialah prosedur atau skim perkhidmatan yang kabur(83.9%), peperiksaan Tahap Kecekapan yang tidak releven (54.1%) dan kenaikan pangkat terjejas (40.5%). Hasil kajian ini dapat membantu pihak-pihak yang terlibat memperbaiki kelemahan-kelemahan SSM supaya pelaksanaannya menjadi lebih mantap dan dapat menangani kelemahan yang wujud di dalam skim tersebut.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  5. Jamsiah, M., Md Idris, M.N., Sharifa Ezat, W.P., Norfazilah, A.
    MyJurnal
    Satu kajian keratan rentas telah dijalankan ke atas 285 orang penduduk yang berumur 18 tahun dan ke atas di Kg. Bangi Daerah Hulu langat, Selangor D.E. dari 6-12 Mac 2006. Objektif kajian ini adalah untuk melihat prevalens senaman dan faktor yang mempunyai hubungan dengannya. Kaedah persampelan universal telah digunakan dan pengumpulan data melalui borang soalselidik berpandu. Alatan yang digunakan termasuk penimbang berat Seca dan sfigmomanometer yang telah di kalibrasi, stateskop dan pita pengukur ketinggian. Hasil kajian menunjukkan hanya 13.7% daripada responden yang di kaji di dalam kategori cukup bersenam mengikut definisi kajian. Antara faktor-faktor yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan prevalens cukup bersenam adalah jantina (p=0.004), tahap pendidikan (p=0.02) dan status perkahwinan (p
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  6. Ahmad Fauzi Awang
    MyJurnal
    Kerosakan lif penumpang yang sering berlaku di rumah pangsa kos rendah merupakan salah satu isu utama di JKKP Wilayah Persekutuan. Statistik menunjukkan bilangan rumah pangsa paling tinggi terletak di Wilayah Persekutuan. Ini bermakna bilangan lif di rumah pangsa kos rendah adalah tertinggi di Wilayah Persekutuan berbanding negeri – negeri lain. Satu kajian ‘Field Labarotary’ telah dijalankan diperingkat JKKP Wilayah Persekutuan bagi mencari punca permasalahan ini dan seterusnya mencadangkan penambahbaikan berdasarkan kepada permasalahan yang telah dikenalpasti. Kajian ini merangkumi beberapa tindakan seperti mengadakan dialog dengan wakil penghuni rumah pangsa kos rendah di sekitar Wilayah Persekutuan bagi mengenalpasti masalah-masalah yang dihadapi oleh penghuni runmah pangsa kos rendah, penyediaan senarai semak pemeriksaan lif bagi mengenalpasti masalah – masalah teknikal, mengadakan perjumpaan dengan wakil syarikat – syarikat lif bagi mendapatkan data – data yang diperlukan daripada firma – firma kompetan lif dan pengurusan lif di rumah pangsa kos rendah dan menjalankan operasi khas pemeriksaan lif di 409 unit lif yang beroperasi di rumah pangsa kos rendah bagi mengenalpasti kelemahan – kelemahan pada lif yang sedang beroperasi. Kajian telah mengenalpasti beberapa faktor penyumbang kepada isu keselamatan lif di rumah pangsa kos rendah di antaranya bilangan orang kompetan yang diiktiraf oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di dapati tidak mencukupi untuk menjalankan pemeriksaan yang diperlukan ke atas kesemua lif secara komprehensif, kegagalan syarikat lif menunaikan tanggungjawab menjalankan pemeriksaan yang diwajibkan ke atas lif yang berkait rapat dengan isu bilangan orang kompetan yang ada pada setiap firma kompetan, kegagalan pemilik atau badan pengurusan bersama memastikan lif di periksa pada jangkamasa yang ditetapkan serta memastikan lif sentiasa mempunyai sijil kelayakan yang sah, kegagalan JKKP sendiri mengambil tindakan yang diperuntukan oleh Akta dan Peraturan ke atas perlanggaran peruntukan oleh firma kompetan atau pemilik bangunan, ketiadaan kerjasama di antara agensi – agensi kerajaan yang terlibat di dalam rekabentuk dan penyenggaraan lif di rumah pangsa kos rendah dan paling utama ialah isu vandalime yang berkaitan dengan sikap penduduk dan pengguna lif di rumah pangsa kos rendah yang tidak bertanggungjawab merosakan lif.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  7. Fatimah Hani Hassan, Vandort, Antoinette Sandra, Rahayu Mustaffa Kamal
    MyJurnal
    Skala perkembangan kanak-kanak barat seringkali digunakan di Malaysia sebagai panduan utama ibu bapa dan golongan profesional dalam memantau perkembangan kanak-kanak kerana kurangnya data rujukan yang dilaporkan serta wujud anggapan bahawa perkembangan kanak-kanak di Malaysia setara dengan perkembangan kanak-kanak di negara Barat. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian-kajian lepas timbul keraguan mengenai kesesuaian skala perkembangan kanak-kanak barat menilai perkembangan komunikasi kanak-kanak di Malaysia. Oleh itu, kajian rintis ini bertujuan untuk membentuk data rujukan yang boleh dijadikan panduan bagi menilai perkembangan komunikasi kanak-kanak tahap bertatih di Malaysia. Kajian ini melibatkan pengadaptasian The Integrated Scales of Development (Cochlear Ltd. 2003) bagi kanak-kanak bertatih yang berusia 16 hingga 30 bulan yang terbahagi kepada tiga subskala berdasarkan umur iaitu subskala 16 hingga 18 bulan, 19 hingga 24 bulan dan 25 hingga 30 bulan. Penilaian kesahan dan kebolehpercayaan telah dilakukan ke atas skala yang diadaptasi. Berdasarkan penilaian kesahan, dua item telah digugurkan daripada subskala 16-18 bulan dan lapan item digugurkan daripada setiap subskala 19-24 bulan dan subskala 25-30 bulan. Ujian kebolehpercayaan alfa Cronbach telah dilakukan dan didapati hanya subskala 16-18 bulan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi (a = 0.872), manakala kedua-dua subskala 19-24 bulan dan subskala 25-30 bulan mempunyai kebolehpercayaan yang rendah (a = 0.626 dan a = 0.628) masing-masing. Secara keseluruhannya, hasil adaptasi skala ini sesuai digunakan sebagai panduan bagi memantau perkembangan komunikasi kanak-kanak dan bukannya sebagai alat penilaian yang utama.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  8. Zar Chi, T., Ahmad Ruzain, S., Mohammad Johari, I., Syed Baharom S. A. F.
    Medicine & Health, 2017;12(2):368-374.
    MyJurnal
    Bisep brachii (BB) adalah salah satu otot yang mempunyai pelbagai variasi.
    Terkini, kebanyakan maklumat adalah berkenaan variasi asal otot, namun terdapat
    beberapa kes yang melaporkan variasi dalam sisipan BB. Dibentangkan di sini
    kes BB otot yang mempunyai kedua-dua varian asal dan sisipan dalam otot yang
    sama. Varian asal BB adalah panjang dan besar di kepala ketiga (10.2 cm lebar
    dan 4.9 cm tebal) yang timbul dari pertengahan badan humerus. Lebih signifikan
    lagi, bahagian tengah kepala meliputi dan menyembunyikan bahagian bawah
    saraf median dan arteri brachial sebagai gerbang yang berterusan medially untuk
    disisipkan ke epicondyle medial humerus. Dalam laporan ini, kami membincangkan
    mekanisma yang mungkin untuk pemampatan neurovaskular oleh kepala ketiga
    otot BB yang tidak normal dan perubahan BB dari asal dan sisipan. Memahami
    perubahan ini adalah sangat penting dalam prosedur pembedahan di sekeliling
    sendi siku dan lengan atas dan ia juga memberi ruang untuk diagnosis pembezaan
    sindrom perangkap saraf
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  9. Siti Farhana Hisham, Ishak Ahmad, Rusli Daik, Anita Ramli
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Komposit UPR/LNR/gentian kaca telah disediakan dengan menggunakan resin poliester tak tepu daripada hasil pengitaran semula bahan buangan PET. Kajian dimulai dengan pengitaran semula botol minuman PET melalui proses glikolisis dan hasilnya ditindakbalaskan dengan maleik anhidrida untuk mendapatkan resin poliester tak tepu. Kajian diteruskan dengan penyediaan adunan resin poliester tak tepu (UPR) dengan cecair getah asli (LNR) iaitu komposisi penambahan LNR ke dalam UPR telah diubah dari 0-7.5% (wt). Komposisi UPR/LNR dengan sifat mekanik terbaik dipilih sebagai matrik untuk penyediaan komposit berpenguat gentian kaca. Rawatan silana ke atas gentian kaca turut dilakukan dengan menggunakan (3-Aminopropil)triethoxysilane. Hasil daripada kajian mendapati adunan UPR/LNR dengan penambahan 2.5% LNR mempunyai sifat mekanik dan morfologi terbaik dengan partikel-partikel getah yang bersaiz kecil dapat tersebar dengan sekata dalam UPR. Kajian juga menunjukkan berlakunya peningkatkan dalam nilai tegasan, modulus regangan dan kekuatan hentaman bagi komposit UPR/LNR/gentian kaca terawat berbanding dengan penggunaan gentian tanpa rawatan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  10. Yendra R, Jemain A, Wan Zin W
    Sains Malaysiana, 2014;43:1451-1460.
    Kajian ini tertumpu kepada penentuan taburan terbaik untuk memodelkan siri data maksimum tahunan (MT) dan siri maksimum hujan dalam tempoh ribut yang melebihi 48 jam (MR). Data hujan setiap jam dari tahun 1970 hingga 2008 dari 4 stesen hujan di Semenanjung Malaysia telah digunakan dalam kajian ini. Kedua jenis data maksimum ini mempunyai kegunaan yang sangat baik bagi mengesan banjir di kawasan bandar terutama yang disebabkan oleh kegagalan sistem perparitan dalam menampung hujan lebat semasa tempoh ribut yang panjang, manakala kajian yang boleh meramalkan ketahanan empangan dalam masa 50 atau 100 tahun kehadapan sangat bergantung kepada penentuan taburan hujan maksimum tahunan. Pelbagai taburan yang sering digunakan bagi kajian pemodelan ekstrim digunakan untuk mendapatkan taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan kedua jenis data hujan maksimum tersebut. Dua ujian kebagusan model telah digunakan iaitu kaedah bergraf dan kaedah PRKD. Hasil menunjukkan bahawa taburan Pearson Jenis 3 adalah yang terbaik untuk menerangkan taburan hujan maksimum tahunan pada kesemua stesen hujan yang digunakan pada kajian ini. Taburan Pareto dan Gama adalah taburan yang terbaik bagi menerangkan taburan hujan maksimum yang berlaku pada tempoh ribut yang panjang. Hasil kajian penentuan taburan terbaik bagi hujan maksimum tahunan di atas juga telah berjaya dalam meramalkan hujan maksimum yang akan berlaku untuk masa 50 dan 100 tahun yang akan datang.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  11. Suparta W, Baharudin Yatim, Mohd. Alauddin Mohd. Ali
    Kajian ini dijalankan untuk mencirikan kepelbagaian kelakuan cuaca dalam lapisan bawah dan atas atmosfera, terutama kebergantungannya kepada keadaan di dalam troposfera dan ionosfera pada enam stesen yang berbeza di UKM Bangi, Selangor. Pengukuran adalah berasaskan pemonitoran jangka pendek wap air bolehmendak (PWV) dalam troposfera dan jumlah kandungan elektron (TEC) dalam ionosfera menggunakan penerima GPS Bumi. Data PWV, TEC dan pengukuran meteorologi permukaan adalah dicerap bermula 12 November sehingga 7 Disember 2007. Hasil pemonitoran menunjukkan bahawa kedua-dua profil kebolehubahan PWV dan TEC memperlihatkan kitaran harian. Purata harian PWV dan TEC adalah tinggi, masing-masing dengan nilai ~42 mm dan ~35 TECU. Perubahan kedua-duanya didapati dipengaruhi aktiviti Matahari.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  12. Rika Fatimah P, Jemain AA
    Kebaikan keluarga adalah kebaikan masyarakat dan begitu pun sebaliknya keburukan keluarga akan tercermin dalam masyarakat terkait. Keluarga sebagai satu organisasi merupakan sumber penghasilan modal insan yang berkualiti. Dengan demikian adalah penting untuk sentiasa menambahbaik kualiti keluarga dari piawai tertentu masa ke semasa. Kajian ini bertujuan menyelidiki status kepuasan dan prestasi keluarga masyarakat Malaysia. Usaha ini akan membantu mengenal pasti langkah penambahbaikan yang perlu diberi keutamaan. Untuk menyukat taraf kualiti prestasi keluarga, pendekatan kualiti yang menggunakan beberapa teori kualiti yang terkenal seperti teori kepuasan pelanggan dan prestasi organisasi dimanfaatkan. Kajian ini melibatkan 1,213 sampel responden yang telah berkahwin dan mempunyai anak dan telah dilakukan di Semenanjung Malaysia. Tiga dimensi yang telah dikenal pasti sebagai parameter utama untuk menyukat prestasi keluarga adalah hubungan keluarga, perkembangan keluarga, dan kelestarian keluarga. Hasil kajian menunjukkan kelestarian keluarga (43.2%) memberikan pengaruh yang kuat ke atas wujudnya ketidakpuasan keluarga manakala dimensi perkembangan keluarga (37.3%) memberikan pengaruh yang kuat ke atas keluarga yang tidak berprestasi. Dua pendekatan kualiti digunakan untuk menganalisis pandangan responden bagi menentukan keutamaan penambahbaikan kualiti keluarga.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  13. AWANG R, SITI N.H.M. DAUD, CHI CY, MOHAMMAD HAFIZUDDIN HAJI JUMALI, ZALITA Z
    Sains Malaysiana, 2013;42:1663-1670.
    Filem nipis ZnO terdop Ga (ZnO:Ga) disediakan menggunakan teknik sol-gel dan salutan berputar. Ga didopkan kepada ZnO dengan peratusan berat (wt. %) yang berbeza iaitu 0, 2, 4, 6 dan 8 wt. %. Kesan pengedopan Ga ke atas struktur dan sifat optik filem nipis ZnO dikaji. Pencirian struktur filem nipis ini dilakukan menggunakan kaedah pembelauan sinar-X (XRD), mikroskop imbasan elektron pancaran medan (FESEM) dan mikroskop daya atom (AFM). Pencirian sifat optik filem nipis pula dilakukan menggunakan spektroskopi ultraungu cahaya nampak (UV-VIS) dan fotoluminesen (PL). Ujian XRD mengesahkan kesemua sampel berstruktur wurtzit. Saiz kristalit ZnO mengecil dengan peningkatan peratusan berat Ga seterusnya mengurangkan kekasaran permukaan filem. Pengedopan Ga menunjukkan peratus transmisi cahaya pada panjang gelombang 300 - 380 nm bertambah berbanding filem nipis ZnO tanpa dop. Nilai jurang tenaga optik, Eg dan keamatan PL filem nipis ZnO meningkat apabila pengedopan Ga dilakukan. Hasil kajian ini menunjukkan saiz kristalit yang lebih kecil memberi kesan ke atas sifat optik sampel pada peratus pengedopan Ga 0-6%. Pada peratus pengedopan Ga yang lebih tinggi, kesan transformasi struktur menjadi lebih dominan dalam mempengaruhi nilai Eg.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  14. Zaidi Isa
    Sains Malaysiana, 2006;35:95-105.
    Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk melihat impak pengenalan instrumen derivatif ke atas kemeruapan pulangan saham di pasaran semerta. Kajian ini juga mengambil kira kesemua instrumen derivatif yang telah diperkenalkan di pasaran tempatan. Data harian bagi indeks komposit dan sebilangan indeks-indeks untuk setiap sektor akan digunakan di dalam kajian ini bagi mengkaji kesan secara keseluruhan dan mengikut sektor. Dengan menggunakan model GARCH terubahsuai iaitu dengan mengambil kira kesan perubahan struktur. Kajian ini mendapati wujudnya kesan yang bercampur-campur. Secara umumnya, pengenalan instrumen derivative mampu untuk mengurangkan tahap kemeruapan pulangan dan secara langsung menstabilkan pasaran saham. Tambahan pula, ia turut mempertingkatkan lagi kadar dan kualiti aliran maklumat ke dalam pasaran dan dengan demikian menjadikan pasaran saham bertambah efisien.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  15. Ilg W, Milne S, Schmitz-Hübsch T, Alcock L, Beichert L, Bertini E, et al.
    Cerebellum, 2024 Aug;23(4):1566-1592.
    PMID: 37955812 DOI: 10.1007/s12311-023-01625-2
    With disease-modifying drugs on the horizon for degenerative ataxias, ecologically valid, finely granulated, digital health measures are highly warranted to augment clinical and patient-reported outcome measures. Gait and balance disturbances most often present as the first signs of degenerative cerebellar ataxia and are the most reported disabling features in disease progression. Thus, digital gait and balance measures constitute promising and relevant performance outcomes for clinical trials.This narrative review with embedded consensus will describe evidence for the sensitivity of digital gait and balance measures for evaluating ataxia severity and progression, propose a consensus protocol for establishing gait and balance metrics in natural history studies and clinical trials, and discuss relevant issues for their use as performance outcomes.
    Matched MeSH terms: Ataxia/diagnosis; Cerebellar Ataxia/diagnosis; Cerebellar Ataxia/drug therapy; Cerebellar Ataxia/physiopathology; Cerebellar Ataxia/therapy
  16. Tan CT
    Med J Malaysia, 1980 Dec;35(2):134-8.
    PMID: 7266406
    An Indian family with four members having hereditary ataxia was presented. The inheritance was most likely autosomal dominant. The onset was at adult life. The main disability was cerebellar ataxia with pyramidal tract sign found at physical examination. Electroencephalography and nerve conduction study were abnormal in two cases where they were done. The clinical feature correspond to an intermediate form of hereditary ataxia.
    Matched MeSH terms: Cerebellar Ataxia/classification; Cerebellar Ataxia/genetics*
  17. Wai YZ, Ng QX, Lim TH, Lim LT
    BMC Ophthalmol, 2021 Feb 25;21(1):105.
    PMID: 33632162 DOI: 10.1186/s12886-021-01868-9
    BACKGROUND: Cogan's anterior internuclear ophthalmoplegia (INO) is characterized by INO with inability to converge and commonly thought to be due to rostral midbrain lesion. A lesion outside midbrain that causes unilateral Cogan's anterior INO combined with upgaze palsy and ataxia are rarely described.

    CASE PRESENTATION: A 67-year old male presented with left Cogan's anterior internuclear ophthalmoplegia (INO), left appendicular ataxia and bilateral upgaze palsy. A Magnetic Resonance Imaging (MRI) and Magnetic Resonance Angiography (MRA) brain showed a left dorsal tegmental infarct at the level of pontomesencephalic junction.

    CONCLUSIONS: This case highlights the clinical importance of Cogan's anterior INO in combination with upgaze palsy and ataxia, and report possible site of lesion in patients with such constellation. Clinicians should consider looking for cerebellar signs in cases of Cogan's anterior INO, apart from just considering localizing the lesion at the midbrain.

    Matched MeSH terms: Ataxia/diagnosis; Ataxia/etiology
  18. Kim HN, Nurul Akmal Jaafar, Lorna Jeffery Minggu, Mohammad Kassim
    Sains Malaysiana, 2018;47:1511-1516.
    Dalam kajian ini, kesan lapisan Au di atas fotokatod kuprus oksida (Cu2
    O) terhadap tindak balas fotoelektrokimia telah
    diuji. Lapisan Cu2
    O dan Au ini telah disediakan di atas subtrak kaca stanum oksida terdop fluorin (FTO) dalam konfigurasi
    yang berlainan, melalui kaedah elektroendapan. Selepas itu, fotokatod ini dicirikan dengan mikroskopi elektron imbasan
    berpancaran medan (FESEM), spektroskopi ultra lembayung dan cahaya nampak (UV-Vis) dan analisis fotoelektrokimia.
    Daripada imej FESEM, lapisan Au telah berjaya diendapkan di atas substrak FTO dan permukaan Cu2
    O. Penyerapan
    plasmon Au pada julat cahaya nampak juga terbukti dan ia telah mempertingkatkan penggunaan cahaya nampak untuk
    tindak balas fotoelektrokimia. Oleh itu, prestasi fotoelektrokimia fotokatod Cu2
    O berplasmon telah meningkat secara
    ketara. Di bawah sinaran suria simulasi A.M 1.5, fotokatod Cu2
    O terapit Au telah menjanakan ketumpatan fotoarus
    yang tertinggi, iaitu ~4 kali ganda peningkatan berbanding prestasi fotokatod Cu2
    O tulen.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
  19. Norhani Mohidin, Bakyah Lorenza Zaimuri
    MyJurnal
    Kanta sentuh merupakan alat optikal yang sepatutnya selamat digunakan untuk pembetulan ralat refraksi atau kosmetik. Namun demikian terdapat permasalahan berkaitan kesihatan mata yang timbul akibat sikap pemakai yang tidak patuh kepada garis panduan penjagaan kanta yang disaran oleh pengamal kesihatan mata. Justeru itu satu soal selidik berkaitan penjagaan kanta sentuh dilakukan di kalangan pemakai kanta sentuh di sekitar Kuala Lumpur. Ia berdasarkan 22 set soalan terfokus kepada penjagaan kanta sentuh termasuklah tatacara pembersihan dan disifeksi, rawatan enzim, penggunaan agen pembasah dan kekerapan menghadiri pemeriksaan lanjutan. Di samping itu, terdapat enam soalan yang diaju untuk meninjau pengetahuan pemakai berkaitan penjagaan kanta sentuh yang selamat. Seramai 104 pemakai kanta sentuh mengambil bahagian dalam kajian ini. Lebih kurang 86% daripada mereka adalah wanita dengan min umur 24 ± 6 tahun. Lebih setengah daripada mereka memakai kanta sentuh jenis pakai buang. Hampir kesemuanya (98%) menggunakan sistem disinfeksi kimia. Hanya 68% pemakai yang dikaji mencuci kanta mereka setiap kali sebelum memakai dan selepas menanggalkannya. Tiga puluh peratus (30%) pemakai kanta sentuh menggunakan agen pembasah dan 40% menggunakan tablet protein. Enam puluh satu peratus (61%) daripada mereka menyatakan tidak membuat temu janji untuk pemeriksaan lanjutan. Enam soalan tertumpu kepada pengetahuan pemakai mengenai penjagaan kanta yang selamat dan min jawapan yang betul ialah 61.4%. Sebahagian pemakai kanta sentuh tidak mengikut arahan penjagaan kanta sentuh seperti yang disaran oleh pengamal kesihatan mata. Ramai yang tidak faham akan garis panduan pemakaian kanta yang selamat. Kajian ini menunjukkan sebahagian daripada pemakai kanta sentuh tidak mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai risiko dan bahaya ke atas mata mereka kerana ketidakpatuhan pada arahan yang disaran oleh pengamal kesihatan mata. Pengamal kanta sentuh perlu memikirkan semula strategi untuk memastikan pemakai patuh kepada arahan berkaitan penjagaan kanta sentuh supaya komplikasi dapat dikurangkan.
    Matched MeSH terms: Ataxia Telangiectasia
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links