Displaying publications 21 - 40 of 52 in total

Abstract:
Sort:
  1. Lim SS, Jamaliah Md. Jahim, Siti Norhana Shari, Manal Ismail, Wan Ramli Wan Daud
    Sains Malaysiana, 2012;41:1253-1261.
    Sel fuel mikrob (SFM) merupakan peranti yang menggunakan bakteria sebagai biomangkin untuk mengoksidakan bahan organik dan bukan organik bagi menjanakan arus elektrik. Tujuan utama kajian ini ialah menguji kebolehan SFM skala makmal dengan menggunakan enapcemar yang mengandungi kultur campuran yang hidup dalam air sisa buangan kilang pemprosesan sawit (POME). Kajian ini juga bertujuan membina reka bentuk SFM yang sesuai dan mengkaji keaktifan kultur campuran yang boleh menghasilkan kuasa elektrik. POME telah digunakan dalam bentuk yang dicairkan dengan kandungan COD bersamaan dengan 3750 mg-COD L-1. Prestasi penghasilan kuasa elektrik dan kecekapan rawatan yang dinilai daripada segi penyingkiran COD, nitrogen dan jumlah karbohidrat dalam SFM dwi-ruang telah dicatat dan dianalisis setiap hari selama 15 hari. Hasil padanan uji kaji dan model kekutuban adalah memuaskan dan telah menjelaskan ketumpatan kuasa elektrik yang dapat dihasilkan pada setiap hari. Ketumpatan kuasa didapati meningkat dari hari pertama 1.607 mW m-2 (3.816 mA m-2) ke nilai maksimum pada hari ketiga 1.979 mW m-2 (4.780 mA m-2) dan mula turun sehingga minimum pada hari ketujuh 1.311 mW m-2 (3.346 mA m-2). Peringkat rawatan air sisa kilang sawit oleh SFM boleh dibahagikan kepada tiga tahap yang berbeza. Kecekapan rawatan yang rendah walaupun ketumpatan kuasa meningkat pada tahap pertama, manakala pada tahap kedua kecekapan rawatan lebih tinggi dan akhirnya pada tahap ketiga penghasilan kuasa SFM mula turun. Kecekapan rawatan paling tinggi berlaku pada tahap ketiga semasa penghasilan kuasa elektrik yang terhasil agak malar. Kecekapan rawatan yang dinilaikan dalam bentuk penyingkiran COD, penggunaan nitrogen dan karbohidrat paling tinggi berlaku pada hari ke-15 dengan nilai masing-masing adalah 54.9, 100 dan 98.9%. Hubungan penghasilan kuasa elektrik dan kecekapan rawatan telah berjaya dimodelkan dalam persamaan linear matematik berdasarkan kepada tahap-tahap penghasilan kuasa elektrik ini.
    Matched MeSH terms: Pallor
  2. N. Hashim, Kamarudin S, Daud W
    Sel tunggal dan berbilang sel metanol langsung berskala mikro dengan luas permukaan 1.0 cm2 beroperasi secara pasif telah dibangunkan dan diuji. Gas oksigen telah diambil dari persekitaran dan larutan metanol disimpan pada ruang tersedia pada bahagian anod. Prestasi sel tunggal diuji dengan menggunakan beberapa kepekatan metanol antara 1.0 M hingga 5.0 M dan keputusan menunjukkan kepekatan 4.0 M memberikan prestasi yang optimum pada operasi sel. Stek yang mengandungi 6 sel difabrikasi dan diuji dengan menggunakan kepekatan metanol optimum iaitu 4.0 M dan tenaga yang terhasil dengan muatan mangkin yang berbeza pada anod dibandingkan. Kombinasi muatan mangkin 3.0 mg cm-2 Pt/Ru pada anod dan 2.0 mg cm-2 Pt pada katod memberikan nilai tenaga yang paling tinggi antara kombinasi lain iaitu 12.05 mW pada 1.08 V dan 11.2 mA.
    Matched MeSH terms: Pallor
  3. Razalee Sedek, Poh Bee Koon, Mohd Ismail Noor
    Sains Malaysiana, 2013;42:1181-1190.
    Kajian pengetahuan pemakanan dalam kalangan pelbagai kumpulan populasi kerap dilaporkan tetapi kajian berkaitan dalam kalangan tentera jarang dilaporkan. Tujuan kajian ini adalah untuk menentukan tahap pengetahuan pemakanan dan amalan penggunaan suplemen dalam kalangan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Sejumlah 909 anggota TLDM berpangkalan di Lumut, Kuantan dan Johor terlibat dalam kajian ini. Soal selidik digunakan bagi menentukan latar belakang, ciri-ciri sosio demografi, pengetahuan pemakanan dan penggunaan suplemen. Pengukuran antropometri yang dijalankan termasuk berat dan tinggi. Keputusan menunjukkan bahawa min skor pengetahuan pemakanan subjek ialah 62.5% iaitu pada tahap pengetahuan sederhana. Min skor pengetahuan pemakanan adalah lebih tinggi dalam kalangan anggota di Pangkalan Lumut, lebih berusia, lebih berpendidikan, berpangkat pegawai dan berat badan berlebihan. Sumber maklumat pemakanan yang paling popular ialah televisyen/radio (27.3%), kursus/seminar (24.9%) dan doktor/jururawat (21.6%). Sejumlah 36% subjek melaporkan menggunakan sekurang-kurangnya satu atau lebih suplemen dalam seminggu dan ini termasuk 5.8% yang menggunakannya setiap hari. Kajian asas ini dijangka memberikan maklumat berguna kepada Angkatan Tentera Malaysia dan adalah dicadangkan pendidikan pemakanan perlu diperkenalkan dalam program latihan anggota TLDM bagi memastikan status kesihatan anggota sentiasa terpelihara.
    Matched MeSH terms: Pallor
  4. Masturah E, Kong L, Norhasidah S, Maaruf A
    Sains Malaysiana, 2015;44:399-403.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan kesan penggunaan yis daripada fermentasi beras putih dan perang terhadap
    ciri fizikal roti. Yis daripada empat perlakuan fermentasi iaitu beras putih mentah (BP), beras putih dimasak (BPM), beras
    perang mentah (BB) dan beras perang dimasak (BBM) telah digunakan untuk penghasilan roti. Kualiti roti dinilai daripada
    segi isi padu spesifik, tekstur, saiz, bilangan liang, kandungan kelembapan serta warna. Hasil kajian menunjukkan yis
    BBM menghasilkan isi padu spesifik roti yang tertinggi dan tekstur yang paling lembut. Kandungan kelembapan kulit dan
    isi roti yang difermentasi oleh yis BBM adalah tertinggi. Bilangan liang yang banyak dan saiz liang yang kecil pada roti
    yis BBM telah menghasilkan tekstur yang paling halus dan mempunyai kecerahan (L*) yang tertinggi. Keseluruhannya,
    yis BBM menunjukkan potensi sebagai agen penaik dalam industri bakeri.
    Matched MeSH terms: Pallor
  5. Huang N, Radiman S, Chia C, Lim H, Khiew P, Chiu W, et al.
    Kobalt sulfida telah dihasilkan dengan kaedah pemendakan kimia di dalam kehadiran 0.1% ester sukrosa S1670s. Corak pembelauan sinar-x (XRD) menunjukkan kobalt sulfida yang dihasilkan mempunyai sifat amofos dan analisis sinar-x (EDX) menunjukkan kobalt sulfida yang terbentuk mempunyai nisbah atom Co: S dalam 1:1.08 iaitu CoS. CoS yang terbentuk mempunyai struktur liang bersaiz nano (~10 nm) apabila diperhatikan di bawah elektron mikroskop transmisi (TEM) dan disahkan oleh ujian penjerapan gas nitrogen (BET). Pembentukan struktur liang adalah disebabkan oleh struktur misel ester sukrosa yang mempunyai saiz misel dalam lingkungan 10 nm. CoS yang dihasilkan diuji keupayaan penjerapan dengan metilena biru sebagai sampel pewarna. Didapati keupayaan penjerapan optimum CoS ialah 110 mg/g dan pH yang paling sesuai untuk penjerapan berlaku adalah lebih daripada 6.
    Matched MeSH terms: Pallor
  6. Azhar Abdul Halim, Muhammad Ikram A Wahab, Nor Hasleda Mamat @ Alias
    Sains Malaysiana, 2011;40:1271-1276.
    Penyingkiran boron dalam larutan akuas secara penjerapan telah dikaji dengan menggunakan penjerap komposit yang menggabungkan zeolit, batu kapur, karbon teraktif dan buangan arang sekam padi. Parameter optimum seperti pH, masa sentuhan optimum dan dos bahan penjerap dikaji. Kajian isoterma penjerapan dan kinetik penjerapan turut dijalankan. Hasil penyelidikan menunjukkan penyingkiran boron paling optimum berlaku pada pH5 dan masa sentuhan optimum ialah pada minit ke 120. Dos optimum bagi penyingkiran boron dalam larutan akuas ialah pada dos 280 g/L dan penyingkiran yang dapat dilakukan ialah sebanyak 50.49%. Dalam kajian isoterma, model isoterma Langmuir dan Freundlich telah diaplikasikan dan hasil kajian membuktikan bahawa kajian isoterma penjerapan adalah mematuhi model isoterma Langmuir (R2 = 0.8792). Nilai kapasiti penjerapan maksimum (qm) yang diperoleh daripada model isoterma Langmuir adalah 1.8985 mg/g. Kajian kinetik penjerapan dijalankan untuk mengetahui mekanisme proses penjerapan dan hasil kajian menunjukkan kadar kinetik bagi penjerapan boron ini adalah mematuhi model kinetik tertib kedua. Pekali korelasi yang diperoleh untuk model kinetik tertib kedua ini adalah 0.9929. Ini mencadangkan bahawa kinetik penjerapan boron adalah dipengaruhi oleh proses kimia.
    Matched MeSH terms: Pallor
  7. Mohd Yusof Othman, Ahmad Fudholi, Kamaruzzaman Sopian, Mohd Hafiz Ruslan, Muhammad Yahya
    Sains Malaysiana, 2012;41:245-252.
    Sistem pengering suria untuk pengeringan hasil pertanian dan laut telah direka bentuk, dibina dan diuji dalam suasana cuaca di Malaysia. Sistem pengeringan suria yang dibina, diuji untuk mengeringkan rumpai laut Gracilaria changii. Rumpai laut yang dikeringkan mempunyai kandungan air sekitar 95% asas berat basah untuk menghasilkan produk kering yang mempunyai kandungan air 10%. Proses pengeringannya mengambil masa selama kira-kira 7 jam, pada purata keamatan sinaran suria 593 W/m2 dan kadar aliran udara pengering 0.0613 kg/s. Pemadanan tiga model pengeringan telah dilakukan dengan data uji kaji pengeringan rumpai laut menggunakan sistem pengering suria pada suhu udara purata dalam kebuk 50oC dan purata kelembapan relatif udara 20%. Kejituan padanan model ditentukan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi, juga nilai MBE dan RMSE yang paling rendah. Kajian ini mendapati model pengeringan rumpai laut yang sesuai adalah model pengeringan Page dibandingkan dengan model pengeringan yang lain (model pengeringan Newton dan model Henderson dan Pabis).
    Matched MeSH terms: Pallor
  8. Nor Zawanah Ab. Hamid, Jamaliah Md Jahim, Nurina Anuar, Sahaid Khalid
    Sains Malaysiana, 2012;41:1587-1593.
    Hidrogen merupakan sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan efektif. Hidrogen boleh dihasilkan melalui fotofermentasi oleh bakteria ungu tanpa sulfur seperti Rhodobacter sphaeroides disebabkan kebolehan yang tinggi dalam menghasilkan hidrogen dalam keadaan anaerobik. Dalam kajian ini, bakteria dieram di dalam botol serum 100 mL dalam keadaan anaerobik. Kajian ini bertujuan untuk memaksimumkan penghasilan hidrogen oleh Rhodobacter sphaeroides NCIMB 8253 yang melibatkan kajian mengenai inokulum dalam keadaan aerobik dan anaerobik, kesan pH awal dan kesan keamatan cahaya terhadap penghasilan hidrogen. Daripada uji kaji yang dilakukan, didapati bahawa inokulum yang dieram pada keadaan anaerobik menghasilkan hidrogen tertinggi iaitu 220.5 mL/g substrat. pH 7 adalah pH yang paling sesuai digunakan untuk penghasilan hidrogen. Keamatan cahaya 5,000 lux adalah nilai optimum yang dapat memberikan penghasilan hidrogen tertinggi iaitu 80.21 mL hidrogen dengan hasil hidrogen 401.04 mL/g substrat. Penghasilan hidrogen didapati semakin menurun pada keamatan cahaya yang lebih tinggi daripada 5,000 lux.
    Matched MeSH terms: Pallor
  9. Ani Shabri, Abdul Aziz Jemain
    Sains Malaysiana, 2007;36:201-206.
    Sejak taburan normal ditemui dan ianya merupakan salah satu taburan yang penting dalam statistik, terdapat banyak pengujian statistik yang dibangunkan untuk menguji kenormalan data. Namun begitu masih tidak banyak kajian yang dilakukan untuk melihat kembali keupayaan pengujian statistik yang sedia ada. Sebahagian daripada pengujian statistik didapati mudah tetapi hanya sesuai untuk sesuatu keadaan. Dalam kajian ini, pengujian statistik berdasarkan statistik Cramer-von Mises cuba diperbaiki berdasarkan rumus Weibull. Kekuatan statistik yang baru ini dibandingkan kekuatan dengan statistik traditional Anderson-Darling (AD), Cramer von-Mises (CR), Kolmogorov-Smirnov (KS) dan Shapiro-Wilk (SW). Kajian simulasi berdasarkan beberapa taburan yang berbeza menunjukkan pengujian statistik yang dicadangkan paling sesuai untuk menguji kenormalan.
    Matched MeSH terms: Pallor
  10. Leow KT, Aminah Abdullah, Mushrifah Idris
    Anggaran kuantiti dan pencirian fizikokimia sisa buangan makanan adalah pra-keperluan untuk mengoptimumkan proses pengkomposan. Satu tinjauan untuk menganggar jumlah sisa buangan makanan yang dijana oleh sektor komersial (n=10) dan isi rumah (n=50) di Bandar Baru Bangi telah dilakukan. Kehadiran komponen sisa nasi, sisa berasaskan daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan dan sisa buangan makanan basah yang lain juga diperiksa. Ciri fizikokimia sisa buangan makanan juga dianalisis. Jumlah sisa buangan makanan yang dijana di Bandar Baru Bangi dianggarkan sebanyak 11.41 MT sehari. Sektor isi rumah menyumbang 67.3% manakala sektor komersial menyumbang 32.7% daripada jumlah sisa buangan makanan yang dihasilkan. Kekerapan sisa buangan makanan berkeadaan basah adalah lebih tinggi (p<0.05) di sektor komersial berbanding sektor isi rumah. Sisa nasi merupakan komponen sisa buangan makanan yang paling kerap dijana oleh sektor isi rumah dan sektor komersial. Penilaian ciri fizikokimia menunjukkan nilai pH, kandungan abu, bahan organik, karbon organik, nitrogen dan lemak serta nisbah C/N adalah berbeza (p<0.05) antara sisa buangan makanan yang dijana pada hari yang berlainan. Sisa buangan makanan bersifat asid (pH 4.82-5.17) mempunyai kandungan air (65.9-69.5%) dan lemak yang tinggi (13.1-20.2%) tetapi kandungan nitrogen yang rendah (0.63-0.85%). Walau bagaimanapun, nisbah C/N masih berada dalam julat (20-25) yang sesuai untuk pengkomposan yang berkesan. Oleh yang demikian, dengan memperkenalkan proses pengkomposan, sisa buangan makanan berkenaan berpotensi digunakan sebagai kompos.
    Matched MeSH terms: Pallor
  11. Mohamed Kamel Abd. Ghani, Hartini Yusof
    Sains Malaysiana, 2011;40:1123-1127.
    Blastocystis hominis merupakan antara protozoa yang paling biasa ditemui di dalam sampel feses manusia di seluruh dunia. Prevalens infeksi protozoa ini adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang tinggal di negara membangun berbanding negara maju. Seramai 71 orang kanak-kanak Orang Asli dari Pos Lenjang, Pahang telah menjadi subjek dalam kajian ini. Bagi kajian yang lebih terperinci, kumpulan kanak-kanak ini telah dibahagikan menurut jantina dan umur. Sampel feses dikumpul dan setiap sampel diperiksa dengan menggunakan 3 teknik diagnostik iaitu teknik apusan langsung, konsentrasi formalin-eter dan perwarnaan trikrom bagi tujuan pengesanan dan pengenalpastian Blastocystis hominis. Prevalens infeksi Blastocystis hominis di kalangan kanak-kanak Orang Asli adalah sangat tinggi iaitu 93%. Kanak-kanak perempuan didapati lebih ramai terinfeksi (97.5%) berbanding kanak-kanak lelaki (87.1%) walaupun secara statistiknya tidak signifikan (p>0.05). Protozoa ini juga telah menginfeksi kesemua kanak-kanak prasekolah (100%) manakala kanak-kanak yang bersekolah turut menunjukkan prevalens infeksi yang tinggi iaitu 86.5%. Daripada segi diagnosis, teknik perwarnaan trikrom didapati paling sensitif dan ia dapat mengenalpasti kesemua (66) sampel feses yang positif dengan Blastocystis hominis. Ini diikuti dengan teknik konsentrasi formalin-eter (43 sampel) dan teknik apusan langsung (18 sampel) (p<0.05). Prevalens infeksi Blastocystis hominis yang tinggi di kalangan kanak-kanak Orang Asli adalah berhubungkait dengan pelbagai faktor termasuk status sosioekonomi yang rendah, budaya, kekurangan kemudahan asas dan tahap pengetahuan mengenai penjagaan kesihatan serta kebersihan diri yang rendah. Selain itu, peningkatan prevalens infeksi dalam kajian ini menunjukkan pentingnya penggunaan teknik diagnostik yang lebih berkesan di dalam pemeriksaan rutin bagi memperolehi hasil diagnosis yang lebih tepat.
    Matched MeSH terms: Pallor
  12. Maideen H, Desa ZC, Damanhuri A, Latiff A, Rusea G
    Sains Malaysiana, 2011;40:1341-1344.
    Sejumlah 51 takson pteridofit yang tergolong dalam 30 genus dan 18 famili telah direkodkan di Hutan Simpan Angsi, Negeri Sembilan. Ini termasuk lapan spesies lokofit dalam dua genus dan dua famili. Jumlah ini merangkumi lapan peratus daripada 647 spesies yang telah dilaporkan di Semenanjung Malaysia. Famili terbesar yang direkodkan terdiri daripada Selaginellaceae dan Pteridaceae masing-masing dengan tujuh spesies diikuti oleh Polypodiaceae (enam spesies) dan Tectariaceae (empat spesies). Paku-pakis terestrial merupakan yang paling banyak direkodkan iaitu 60% daripada keseluruhan takson yang didapati diikuti dengan paku pakis epifit (24%) dan paku pakis batuan (16%).
    Matched MeSH terms: Pallor
  13. HALIM A, MOHD FIRHAD AHMAD
    Sains Malaysiana, 2013;42:1689-1696.
    Kajian ini dijalankan untuk menentukan isoterma dan kinetik penjerapan bahan pencemar boron daripada air sisa sintetik menggunakan batu kapur sebagai bahan penjerap berkos rendah. Penjerapan boron berlaku secara optimum pada julat pH6-8, masa sentuhan pada 90 min dan dos batu kapur 240 g/L yang penyingkirannya mencapai 40%. Isoterma penjerapan lebih diwakili oleh model Freundlich (R2 = 0.91) berbanding model Langmuir (R2 = 0.78) yang menunjukkan penjerapan secara multilapisan adalah dominan. Kajian kinetik penjerapan menunjukkan penjerapan boron ke atas batu kapur mematuhi dengan baik model penjerapan pseudo-tertib pertama (R2 = 0.93), pseudo-tertib kedua (R2 = 0.987), Elovich (R2 = 0.931) dan Intrapartikel (R2 = 0.960). Mekanisme penjerapan secara kimia adalah dominan berdasarkan nilai R2 yang paling tinggi bagi model pseudo-tertib kedua.
    Matched MeSH terms: Pallor
  14. Sarizal Md Ani, Andanastuti Muchtar, Norhamidi Muhamad, Jaharah A. Ghani
    Sains Malaysiana, 2013;42:1311-1317.
    Pencirian keseragaman campuran dan sifat reologi bahan suapan merupakan elemen penting dalam melaksanakan proses pengacuan suntikan seramik. Kesesuaian bahan suapan yang dibangunkan dapat mengurangkan masalah yang timbul ketika proses pengacuan suntikan, penyahikatan dan pensinteran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti pembebanan serbuk yang optimum berdasarkan kepada keseragaman campuran dan sifat reologi bahan. Pencirian keseragaman campuran ditentukan berdasarkan kepada nilai tork yang rendah dan berkeadaan mantap. Kajian reologi pula dilakukan dengan menggunakan mesin reometer rerambut. Ujian dijalankan pada julat suhu 150 dan 170oC dengan beban kenaan antara 20 dan 90 kgf. Bahan suapan yang digunakan terdiri daripada kombinasi serbuk seramik alumina-zirkonia bersama bahan pengikat polietilena berketumpatan tinggi, lilin parafin dan asid stearik. Hasil kajian menunjukkan bahan suapan bersifat pseudoplastik dengan pencampuran bahan yang seragam dalam tempoh kurang daripada 30 min. Hasil keputusan juga mendapati pada pembebanan serbuk 57% isi padu adalah yang paling optimum untuk proses pengacuan suntikan seramik berdasarkan kepada nilai kelikatan, indeks hukum kuasa dan tenaga pengaktifan aliran yang rendah.
    Matched MeSH terms: Pallor
  15. Suzana S, Nik Nur Izzati N, Siti Hajar M, Hasnah H, Kamaruddin M
    Sains Malaysiana, 2016;45:1823-1834.
    Intervensi pemakanan berpotensi untuk melambatkan penurunan fungsi kognitif dalam kalangan warga tua yang mengalami kecelaan kognitif ringan (MCI). Walau bagaimanapun, kemampanan program sedemikian masih belum dapat dipastikan. Oleh itu, suatu kajian susulan dijalankan bagi menentukan kemampanan suplementasi minyak ikan dan pendidikan kesihatan bagi mengurangkan kemerosotan fungsi kognitif dalam kalangan warga tua yang mengalami MCI selepas setahun kajian intervensi dijalankan. Kajian ini melibatkan 18 orang subjek MCI iaitu 6 orang bagi setiap kumpulan intervensi suplementasi minyak ikan (A) dan pendidikan kesihatan (B) dan kumpulan kawalan (C). Analisis menunjukkan kesan intervensi yang signifikan bagi ujian Span Digit (p<0.05) dan aras serum folat (p<0.05) dengan kumpulan B menunjukkan min yang paling tinggi, diikuti dengan A dan C. Intervensi pendidikan kesihatan dan suplementasi minyak ikan mempunyai kesan kemampanan bagi meningkatkan aras serum folat dan memperbaiki status fungsi kognitif yang dinilai menggunakan Ujian Span Digit. Terdapat keperluan bagi promosi kesihatan dan suplementasi minyak ikan dalam mengekalkan fungsi kognitif individu warga tua yang mengalami MCI
    Matched MeSH terms: Pallor
  16. Nor Faiz N, Omar R
    A study on the presence of recent ostracoda in the offshore sediment had been done at Pulau Tioman, Pahang. A total of 12 sediment samples were taken for this study. 34 species, 28 genera and 14 families had been identified from a total of 1,985 ostracoda specimens. Station ST4 recorded the highest abundance of ostracoda with 442 specimens and followed by station ST5 with 322 specimens while station ST12 recoded the lowest abundance with only 29 species. From the 34 species discovered, Loxoconcha paiki was the most dominant species with 198 individuals, followed by Pistocythereis bradyi with 192 individuals and Venericythere papuensis with 188 individuals. As for the family, Trachyleberididae is the most dominant family with a total of 478 specimens (representing 24.08% of the total specimens).
    Keywords: Offshore sediment; Pulau Tioman; recent ostracoda
    Matched MeSH terms: Pallor
  17. Ratan Dewi Abdul Rahman, Norrakiah Abdullah Sani, Abdul Aziz Jemain
    Sains Malaysiana, 2012;41:1629-1634.
    Kajian ini bertujuan untuk memilih kaedah terbaik daripada sebelas kaedah pengiraan Escherichia coli dalam masakan ayam. Kaedah-kaedah tersebut adalah piring curahan, piring sebaran, piring titisan, PetrifilmTM, tiga jenis pemiringan terus dan empat jenis kaedah bilangan paling mungkin (MPN). Perbandingan kaedah dijalankan mengikut prosedur ISO 16140. Setiap strain E. coli (ATCC 25922, IMR 1/3 107B dan IMR E243) telah diinokulasikan ke dalam lima jenis masakan ayam bagi mendapatkan kepekatan bakteria sehingga 105 cfu/g. Perlakuan haba dibuat pada 55oC selama
    4-6 min bagi mewujudkan persekitaran yang seakan-akan sama seperti makanan tersebut dihidangkan sebaik sahaja selepas dimasak. Analisis statistik Regressi Kaedah Kuasa Dua Terkecil (KKDT) dijalankan bagi membandingkan sebelas kaedah pengiraan E. coli. Nilai kecerunan (m) yang signifikan (p < 0.05) pada kesemua Graf KKDT membawa maksud kesemua kaedah adalah serupa daripada segi kejituan, korelasi, dan ketepatan relatif. Oleh itu, penilaian praktikal turut dipertimbangkan bagi menentukan tiga kaedah terbaik bagi pengiraan E. coli dalam masakan ayam. Piring curahan, PetrifilmTM dan piring titisan adalah lebih praktikal berbanding lapan kaedah yang lain.
    Matched MeSH terms: Pallor
  18. Khairul Nizam Mohd Ramli, Che Abd. Rahim Mohamed, Zaharuddin Ahmad
    Sains Malaysiana, 2007;36:9-13.
    Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti kepelbagaian nisbah 234U/238U yang wujud di dalam jumlah pepejal terampai (TSS) pada lapan stesen yang berbeza di Kuala Selangor, Selangor. Prosedur kajian ini melibatkan proses persampelan, pemendakan, resin penukaran anion, pemendakan elektrik dan teknik pengiraaan spektrometer alfa. Nisbah 234U/238U adalah paling tinggi di Stesen 8 (234U/238U = 2.98) dan Stesen 2 (234U/238U = 3.34) pada persampelan pertama. Manakala pada persampelan kedua julat nisbah 234U/238U adalah lebih luas iaitu antara 1.29 (Stesen 4) hingga 11.57 (Stesen 6). Ini disebabkan oleh berlakunya pergerakan 234U bersama-sama mikroorganisme di dalam fasa terampai dan berlaku proses penurunan U(VI) kepada U(IV) yang akan memendakkan uranium daripada air ke dalam sedimen.
    Matched MeSH terms: Pallor
  19. Sahibin Abd. Rahim, Tukimat Lihan, Zulfahmi Ali Rahman, Wan Mohd. Razi Idris, Azman Hashim, Sharilnizam M. Yusof, et al.
    Sains Malaysiana, 2007;36:9-13.
    Kandungan logam berat Fe, Cu dan Mn dalam tanih serta tumbuhan Nepenthes sp yang diambil daripada kawasan bekas lombong bijih timah dan besi di Lombong Pelepah Kanan, Kota Tinggi, Johor telah dikaji. Kandungan logam berat telah ditentukan di dalam empat bahagian tumbuhan Nepenthes sp. iaitu di dalam akar, batang, daun dan periuk. Sebanyak 15 sampel tumbuhan Nepenthes sp dan tanih dikumpul untuk dianalisis. Komposisi logam-logam berat dalam sampel tanih diekstrak dengan menggunakan campuran asid nitrik dan asid perklorik. Kandungan logam berat dalam tumbuhan pula diekstrak melalui kaedah penghadaman basah. Kandungan logam berat di dalam larutan ekstrak tanih dan tumbuhan ditentukan dengan menggunakan alat Spektrofotometer Serapan Atom Kaedah Nyalaan (FAAS). Nilai Koefisien Penyerapan Biologi (BAC) dikira sebagai nisbah kandungan logam berat dalam tumbuhan kepada kandungan logam berat dalam tanih. Analisis tanih menunjukkan kawasan bekas lombong didominasi oleh pasir dan bersifat asid. Ia juga mempunyai kandungan bahan organik dan nilai kekonduksian elektrik yang rendah. Logam Fe mencatatkan kepekatan purata paling tinggi di dalam tanih diikuti oleh Mn dan Cu. Tumbuhan Nepenthes sp boleh dijadikan sebagai pengumpul biologi untuk logam Fe kerana nilai BACnya adalah tinggi.
    Matched MeSH terms: Pallor
  20. Ng KW, Aidil Abdul Hamid, Mohd Sahaid Kalil, Wan Mohtar Wan Yusoff
    Pertumbuhan sel secara selanjar pada keadaan mantap telah diperolehi dalam pengkulturan dengan bioreaktor padat. Produktiviti (0.02 g/L/j) bioetanol yang paling tinggi diperolehi adalah pada pengudaraan 0.003 vvm. Produktiviti bioetanol didapati meningkat dengan peningkatan kadar pencairan. Produktiviti tertinggi sebanyak 0.037 g/L/j direkod semasa kadar pencairan (D) 0.05 per jam. Penghasilan bioetanol secara selanjar telah berjaya diselenggarakan pada keadaan tidak 100% anaerobik. Pengudaraan yang terbaik untuk produktiviti bioetanol dalam keadaan seimbang pertumbuhan sel dan penghasilan bioetanol ialah pada 0.003 vvm.
    Matched MeSH terms: Pallor
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links