Displaying publications 41 - 60 of 71 in total

Abstract:
Sort:
  1. Lee, S.Y., Cheah, S.K., Muhammad, M., Aniza, I.
    Medicine & Health, 2020;15(1):156-165.
    MyJurnal
    Penilaian anestetik pra-operasi adalah penting semasa penjagaan perioperatif. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasaan pesakit dan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasaan pesakit terhadap klinik pra-anestetik. Sejumlah 304 orang pesakit yang menghadiri klinik pra-anestetik telah terlibat dalam kajian ini. Kajian kepuasaan selidik dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) dengan berjumlah 18 soalan menguji faktor-faktor bukan penyedia (kemudahan klinik, kesesuaian masa menunggu) dan faktor-faktor penyedia (perkhidmatan doktor, pegawai kaunter, jururawat dan kakitangan sokongan) telah dikaji. Kajian kepuasaan selidik menggunakan format skala Likert lima mata skor sangat setuju/tidak setuju telah digunakan untuk menilai tahap kepuasaan pesakit. Secara keseluruhan, peratusan kepuasaan pesakit terhadap penilaian pra-anestetik dilaporkan sebagai 98.7% dengan skor purata untuk perkhidmatan doktor (4.49 + 0.60), pegawai kaunter (4.48 + 0.61), kakitangan sokongan (4.47 + 0.62), kemudahan klinik dan kesesuaian masa menunggu (4.40 + 0.62). Semua faktor-faktor yang dikaji menunjukkan hubungan yang signifikan (p
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  2. Sino, Hukil, Zurina Mahadi, Hasnah Haron, Muhammad Aizat Misrin, Nurul’izzah Ismail, Mohd Hasamizi Mustapa
    MyJurnal
    Kajian kes ini dilakukan untuk mengenal pasti tahap kebersihan diri pengendali makanan dan kebersihan kafetaria di kolej kediaman Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Seramai 75 responden telah terlibat. Data demografi menunjukkan terdapat responden yang tidak mendapat suntikan demam kepialu (32%) dan tidak mempuyai sijil kursus pengendali makanan (49.3%). Selain itu, lebih separuh bilangan responden adalah bukan warganegara (50.73%). Dapatan berkaitan amalan kebersihan diri menunjukkan 7 item mempunyai peratusan yang agak baik (70.3% – 87.5%) manakala 7 item yang lain mempunyai peratusan kurang baik (26.4% – 68%). Kajian juga menunjukkan terdapat 12 item berkaitan kebersihan kafetaria yang dipatuhi dan 9 item yang tidak dipatuhi daripada 21 item yang dinilai. Ujian statistik menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan (U = 472, p = 0.01) antara pengendali makanan yang warganegara dan bukan warganegara di mana warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang lebih baik berbanding bukan warganegara. Dapatan kajian juga menunjukkan wujud hubungan yang positif dan signifikan di antara kebersihan diri dan kebersihan kafetaria (χ2 = 6.432, p = 0.011). Walau bagaimanapun, kekuatan hubungannya adalah sederhana (Φ = 0.29). Kesimpulannya, pengendali makanan yang warganegara mempunyai amalan kebersihan diri yang baik dan akan menjana suasana persekitaran kafetaria yang bersih.

    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  3. Abdul Hamid Abdul Aziz, Nur Fariza Mat Reffin, Mohamed Kamel Abd Ghani, Hing, Hiang Lian, Ahmad Zorin Sahalan
    MyJurnal
    Suatu kajian mengenai pemencilan dan pengenalpastian mikroflora bakteria dari kolam air panas telah dilakukan di kolam air panas Bentong, Pahang. Kebanyakan bakteria yang dipencil dari kolam air panas adalah dari Bacillus sp. kerana ia mempunyai ciri adaptasi yang membolehkannya hidup di kawasan suhu yang tinggi dengan pembentukan endospora. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti spesies bakteria selain daripada spesies Bacillus sp. yang boleh dipencilkan dari kolam air panas. Tiga buah kolam air panas (A, B dan C) dikenal pasti dengan julat suhunya antara 36°C-52°C dan nilai pH antara 7.88-8.65. Kajian ini telah berjaya memencilkan dua pencilan bakteria kokus Gram positif dan tiga spesies basilus Gram negatif. Spesies Gram positif tersebut adalah dari genus Streptococcus dan Staphylococcus, manakala bagi Gram negatif pula terdapat masalah dalam pengenalpastian dan hanya dikenali sebagai X, XI and XII.


    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  4. Nitce Isa Medina Machmudi Isa, Mai Shihah Hj Abdullah
    MyJurnal
    Selaras dengan ledakan pengetahuan berasaskan komputer dan teknologi pada abad ke-21, kaedah Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP) atau Project Based Learning (PBL) telah diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) pada tahun 2006. Pada awalnya, implementasi kaedah PBP telah dimulakan di sekolah-sekolah bestari perdana. Ini merupakan tinjauan literatur yang membincangkan takrifan dan teori yang digunapakai dalam kaedah PBP. Selain itu, perbandingan kaedah PBP dengan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) atau Problem Based Learning (PBL) turut dibincangkan memandangkan kedua-dua kaedah ini menggunakan akronim yang sama dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan tinjauan literatur ini, didapati bahawa kaedah PBP mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri, maka terpulang kepada budi bicara guru yang mengajar untuk mengaplikasikan kaedah ini dalam pengajaran dan pembelajaran (P dan P) bersesuaian dengan kebolehan murid.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  5. Maszaidi, Z., Nurul Hazwani, H., Hatta, S.
    Medicine & Health, 2017;12(1):99-102.
    MyJurnal
    Kebimbangan dan gangguan emosi amat biasa di dalam Penyakit Kecelaruan
    Defisit Perhatian. Laporan kes ini mengetengahkan kes lelaki Melayu berusia
    23 tahun yang menunjukkan masalah memberi perhatian dan kemerosotan
    pencapaian akademiknya secara ketara. Kemerosotan pengajiannya disedari
    oleh ahli keluarganya 2-3 tahun sebelum beliau mendapatkan rawatan psikiatri.
    Beliau juga mengalami masalah kemurungan tetapi tidak mengalami gejala
    biologi kemurungan. Beliau telah dirawat dengan ubat-ubatan Buproprion 150 mg
    setiap hari dan juga ubat Ritalin 10 mg. Kebiasaannya ubat peransang digunakan
    untuk rawatan penyakit kecelaruan deficit perhatian tetapi dalam kes ini ubat
    anti kemurungan telah digunakan. Beliau telah menunjukkan penambahbaikan
    selepas memakan ubat dan seterusnya dapat memberi fokus kepada pembelajaran
    akademiknya.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  6. Hamizun Ismail, Azmin Sham Rambely, Rokiah Rozita Ahmad
    Sains Malaysiana, 2012;41:1043-1049.
    Kaedah pemarkahan dan penggredan sering dibincangkan dalam aspek penilaian pelajar. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan kaedah pemarkahan dan penggredan menggunakan persentil taburan markah. Kaedah pemarkahan dengan menggunakan min dan songsangan varians markah bagi setiap soalan dalam suatu peperiksaan sebagai pemberat kepada soalan berkenaan dibincangkan. Dalam membincangkan penggredan menggunakan persentil taburan markah, persentil boleh ditentukan dengan menganggar taburan bagi markah peperiksaan. Penganggaran dan penentuan persentil bagi dua taburan iaitu taburan normal dan taburan gamma digunakan. Perbandingan dilakukan terhadap keputusan bagi beberapa senario yang diperoleh. Keputusan menunjukkan bahawa kaedah pemarkahan berpemberat yang menggunakan pemberat yang berasaskan kepada tahap kesukaran soalan boleh digunakan untuk mernghasilkan peringkat gred yang lebih jelas dalam kalangan pelajar.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  7. Ibrahim Abugassa, Sukiman Sarmani, Supian Samat
    Two important parameters for utilizing Ko-standardization method namely, absolute peak efficiency at reference position and peak-to-total ratio at different geometrical positions using standard point sources and HPGe were experimentally determined. Coincidence correction factor, C, for reference position and certain nuclides were also calculated and all almost equal to one. The importance and implication of this work to the K0-standardization method are presented. Other essential nuclear parameters which have to be experimentally determined or obtained from literature are also presented.
    Dua parameter untuk kegunaan kaedah pemiawaian K0 iaitu kecekapan puncak absolut pada kedudukan rujukan dan nisbah jumlah-ke-puncak pada berbagai kedudukan geometri telah ditentukan secara eksperimen. Punca titik piawai dan HPGe digunakan. Faktor pembetulan koinsiden, C, yang digunakan untuk kedudukan piawai dan beberapa nuklid telah dihitung dan semuanya mempunyai nilai hampir sama dengan satu. Kepentingan dan implikasi kerja ini kepada kaedah pemiawaian K0 dikemukakan. Parameter nuklear lain yang ditentukan secara eksperimen atau yang diperolehi daripada pustaka juga dibentangkan.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  8. Suhaimi Suratman, Mohamad Awang, Loh AL, Norhayati Mohd Tahir
    Suatu kajian mengenai Indeks Kualiti Air (IKA) telah dijalankan di lembangan Sungai Paka, Terengganu. Ianya melibatkan pengukuran oksigen terlarut, pH, permintaan oksigen biokimia, permintaan oksigen kimia, jumlah pepejal terampai dan ammonia di lapan buah stesen pensampelan. Hasil kajian menunjukkan semua stesen pensampelan berada dalam status bersih kecuali dua stesen tercemar yang terletak di Sungai Rengat dan Sungai Rasau. Walau bagaimanapun, secara keseluruhannya purata nilai IKA bagi lembangan Sungai Paka adalah 72.4% dan boleh diklasifikasikan sebagai kelas II dengan status sedikit tercemar. Hasil kajian juga menunjukkan kumbahan daripada kilang kelapa sawit merupakan penyumbang utama kepada kemerosotan nilai IKA di kawasan kajian.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  9. Lee TT, Kamisah Osman
    Sains Malaysiana, 2012;41:1301-1307.
    Tajuk Elektrokimia didapati sukar dipelajari kerana konsep abstrak yang melibatkan tahap perwakilan makroskopik, mikroskopik dan simbolik. Kajian lepas menunjukkan bahawa animasi dan simulasi menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) boleh membantu pelajar membayangkan dan seterusnya memperkuatkan pemahaman mereka dalam mempelajari tajuk kimia yang abstrak. Ekoran daripada itu, modul multimedia interaktif dengan agen pedagogi (MMIAP) yang dinamakan Makmal EK (Elektrokimia) dibangunkan dalam usaha membantu pelajar dalam mempelajari Elektrokimia. Reka bentuk penyiasatan kuasi eksperimen dengan ujian pra/pos kumpulan kawalan tidak setara dijalankan dalam usaha untuk menilai keberkesanan MMIAP Makmal EK terhadap pemahaman konsep pelajar dalam mempelajari elektrokimia. Seramai 127 orang pelajar tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah terlibat dalam kajian ini. Setiap sekolah mempunyai sebuah kumpulan rawatan dan sebuah kumpulan kawalan yang diajar oleh guru kimia yang sama. Ujian pencapaian pra dan pos diberikan untuk menilai pemahaman konsep Elektrokimia pelajar sebelum dan selepas mempelajari kimia. Hasil kajian menunjukkan bahawa intervensi seperti yang direkabentuk dalam kajian menghasilkan perbezaan yang bererti antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan dalam memahami konsep Elekotrokimia.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  10. Wan Rosmanira Ismail, Liong CY, Mohd. Khairi Muda, Ruzzakiah Jenal
    Penjadualan jururawat merupakan perkara penting dalam memastikan perkhidmatan yang berterusan dapat diberikan kepada para pesakit. Corak bertugas yang berterusan iaitu 24 jam sehari 7 hari seminggu, memerlukan waktu kerja mengikut syif yang boleh mengakibatkan perubahan kepada kehidupan sosial dan masalah kesihatan kepada jururawat. Oleh itu, pembangunan sebuah model penjadualan jururawat yang boleh diterima pakai oleh semua pihak dan bersifat adil amatlah penting untuk memastikan perkhidmatan berterusan yang berkualiti. Proses penjadualan melibatkan beberapa peraturan dan kekangan yang perlu dipertimbangkan, iaitu berdasarkan polisi yang telah ditentukan oleh pihak hospital dan permintaan daripada jururawat sendiri. Polisi atau objektif hospital antara lain adalah memastikan bilangan minimum jururawat setiap syif, mengelakkan pengasingan hari bertugas dan mempertimbangkan permintaan cuti daripada jururawat. Permintaan jururawat yang diambil kira pula adalah seperti mendapat bilangan hari bertugas yang sama per jadual, bilangan syif pagi yang melebihi syif petang dan memperolehi sekurang-kurangnya sekali cuti hujung minggu dalam tempoh jadual 2 minggu. Model dibangunkan menggunakan data daripada sebuah hospital tempatan. Kaedah pengaturcaraan gol 0-1 diaplikasikan di dalam pembangunan model penjadualan jururawat ini kerana keupayaannya menghasilkan sebuah model dengan pelbagai matlamat. Jadual kerja berkala ini akan dibina setiap 2 minggu. Daripada hasil penyelesaian yang diperoleh menggunakan perisian Lingo, didapati model penjadualan jururawat yang dibangunkan memenuhi polisi pihak hospital dan permintaan jururawat. Model penjadualan jururawat ini mampu memberikan penyelesaian yang lebih baik berbanding penjadualan semasa secara manual yang mana pengagihan syif adalah lebih sama rata di kalangan jururawat dari segi bilangan syif pagi, petang dan juga malam.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  11. Abd. Fatah Wahab, Jamaludin Md. Ali, Ahmad Abd. Majid, Abu Osman Md. Tap
    Pembinaan model geometri berbantukan komputer (CAGD) dengan titik data yang mempunyai ketakpastian adalah sukar dan mencabar. Dalam kertas ini, pembinaan model splin-B kabur sebagai perwakilan matematik bagi lengkung dengan data ketakpastian menggunakan titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan dibincangkan. Lengkung splin-B kabur atau splin-B penyahkaburan kubik untuk masalah data ketakpastian akan diperihalkan dengan menggunakan kaedah penghampiran splin-B kubik yang ditakrif menerusi titik kawalan kabur dan titik kawalan penyahkaburan. Bagi menyelesaikan masalah mengenai titik data ketakpastian pula, kaedah pengkaburan dan penyahkaburan titik data berkomponen kabur (penyahkaburan) beserta modelnya diperkenalkan. Bagi menguji tahap keberkesanan model, beberapa contoh lengkung simulasi data tersebut juga dibincangkan.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  12. Shuhaimi-Othman M, Ahmad A, Norziana G
    Kajian kepekatan logam dalam air di Tasik Bukit Merah telah dijalankan pada April 2009. Lima belas stesen persampelan telah dipilih dan sampel air permukaan bagi penentuan logam telah diambil. Beberapa parameter kualiti air seperti suhu, konduktiviti, oksigen terlarut, pH dan keliatan air telah ditentukan di setiap stesen. Sebanyak 11 jenis logam iaitu kadmium, zink, plumbum, kuprum, nikel, ferum, kobalt, aluminium, barium, kromium dan mangan (Mn) telah ditentukan dalam sampel air. Keputusan menunjukkan kepekatan semua logam kajian berada di bawah kepekatan maksimum yang dicadangkan oleh piawaian Malaysia dan antarabangsa bagi melindungi hidupan akuatik kecuali bagi logam Fe dan Al. Bagi parameter kualiti air, kajian menunjukkan semua parameter berada dalam julat kepekatan semula jadi (kelas I) berdasarkan Piawaian Kualiti Air Kebangsaan (NWQS Malaysia) kecuali oksigen terlarut dan pH di beberapa stesen persampelan terutama di bahagian timur tasik yang didapati dipengaruhi oleh faktor-faktor semula jadi dan antropogenik.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  13. Asis T, Zahrim AY, Assis K
    Sains Malaysiana, 2017;46:1201-1210.
    Pengkomposan tandan buah kosong (EFB) dan sisa efluen kilang (POME) merupakan pendekatan lestari bagi menukarkan EFB dan POME kepada baja kompos. Pengkomposan adalah satu proses biologi yang memerlukan pengawalan yang optimum agar nutrien yang terhasil adalah tinggi dan stabil. Cabaran utama yang dihadapi oleh industri kompos ialah untuk menghasilkan kompos yang bernutrien tinggi dan stabil. Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis prestasi jangka panjang bagi loji kompos terpilih melalui kandungan nutrien kompos yang dihasilkan. Penyelidikan ini mengkaji prestasi tiga tahun bagi empat loji kompos di Malaysia iaitu loji kompos Merotai, loji kompos Binuang, loji kompos Tanah Merah dan loji kompos Elphil. Prestasi kandungan nutrien yang diambil kira termasuklah nitrogen, kalium, nisbah karbon kepada nitrogen, kandungan kelembapan dan agregat kompos. Sebanyak 1,465 set data nutrien dianalisis secara deskriptif. Secara keseluruhannya, prestasi kandungan nutrien kesemua loji kompos yang dikaji berjaya memenuhi keperluan minimum industri sawit. Namun terdapat kes kompos yang dihasilkan mengandungi nutrien kalium yang tidak mencapai keperluan minimum industri dan kandungan kelembapan kompos yang tinggi. Kesimpulannya, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam proses pengkomposan agar kompos yang dihasilkan mengandungi nutrien yang stabil dan memenuhi keperluan minimum industri
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  14. Fauzi AA, Chung TY, Latif LA
    Singapore Med J, 2016 Apr;57(4):198-203.
    PMID: 27075668 DOI: 10.11622/smedj.2016074
    TThis study aimed to determine the risk factors of diabetic Charcot arthropathy of the foot among diabetic patients with and without foot problems.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  15. Madan SS, Pai DR
    Orthop Surg, 2013 May;5(2):86-93.
    PMID: 23658042 DOI: 10.1111/os.12032
    Charcot neuroarthropathy (CN) is a rare, progressive, deforming disease of bone and joints, especially affecting the foot and ankle and leading to considerable morbidity. It can also affect other joints such as the wrist, knee, spine and shoulder. This disease, described originally in reference to syphilis, is now one of the most common associates of diabetes mellitus. As the number of diabetics increase, the incidence of CN is bound to rise. Faster initial diagnosis and prompt institution of treatment may help to reduce its sequelae. There should be a low threshold for ordering investigations to assist coming to this diagnosis. No single investigation is the gold standard. Recent studies on pathogenesis and development of newer investigation modalities have helped to clarify the mystery of its pathogenesis and of its diagnosis in the acute phase. Various complementary investigations together allow the correct diagnosis to be made. Osteomyelitis continues to be confused with acute CN. Hybrid positron emission tomography has shown some promise in differentiating these conditions. A multispecialty approach involving diabetologists, orthopaedists and podiatrists should be used to tackle this difficult problem. The aim of this article is to describe current knowledge about CN with particular reference to the status of diagnostic indicators and management options.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies/diagnosis; Diabetic Neuropathies/therapy
  16. Malik RA, Andag-Silva A, Dejthevaporn C, Hakim M, Koh JS, Pinzon R, et al.
    J Diabetes Investig, 2020 Sep;11(5):1097-1103.
    PMID: 32268012 DOI: 10.1111/jdi.13269
    Burning and stabbing pain in the feet and lower limbs can have a significant impact on the activities of daily living, including walking, climbing stairs and sleeping. Peripheral neuropathy in particular is often misdiagnosed or underdiagnosed because of a lack of awareness amongst both patients and physicians. Furthermore, crude screening tools, such as the 10-g monofilament, only detect advanced neuropathy and a normal test will lead to false reassurance of those with small fiber mediated painful neuropathy. The underestimation of peripheral neuropathy is highly prevalent in the South-East Asia region due to a lack of consensus guidance on routine screening and diagnostic pathways. Although neuropathy as a result of diabetes is the most common cause in the region, other causes due to infections (human immunodeficiency virus, hepatitis B or C virus), chronic inflammatory demyelinating polyneuropathy, drug-induced neuropathy (cancer chemotherapy, antiretrovirals and antituberculous drugs) and vitamin deficiencies (vitamin B1 , B6 , B12 , D) should be actively excluded.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies/epidemiology*; Diabetic Neuropathies/pathology
  17. Azman Jalar, Norinsan Kamil Othman, Emee Marina Salleh, Zaifol Samsu
    Sains Malaysiana, 2018;47:1251-1257.
    Keluli karbon amat mudah terkakis dalam pelbagai persekitaran terutamanya dalam keadaan berudara lembap dan suhu tinggi. Oleh sebab itu, permukaan keluli karbon perlu dilindungi dengan bahan atau logam yang mampu menangani serangan kakisan yang agresif dengan membentuk lapisan oksida dan lapisan antara logam yang bersifat pelindung. Kajian ini dijalankan untuk menentukan mikrostruktur permukaan dan kekerasan salutan aluminium (Al) tulen yang telah dihasilkan melalui teknik celupan panas. Celupan panas dalam leburan Al tulen dilakukan pada suhu berbeza untuk mendapatkan lapisan salutan yang optimum. Keputusan teknik celupan panas menunjukkan dua lapisan utama terhasil iaitu lapisan luar Al dan lapisan dalam aluminit (Fe-Al). Manakala lapisan dalam aluminida terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan nipis luar FeAl3 dan lapisan tebal dalam Fe2Al5. Keputusan daripada ujian mikrokekerasan Vickers menunjukkan bahawa nilai kekerasan lapisan aluminida meningkat dengan peningkatan suhu leburan Al manakala lapisan Al tidak menunjukkan sebarang perubahan yang ketara.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  18. Ahmad Shah Pakeer Mohamed, Nazariah Osman, Mohamad Faisol Keling
    MyJurnal
    “Fenomena anarki” telah mempengaruhi kebanyakan negara untuk memberikan tumpuan dan
    perhatian terhadap pembangunan Angkatan ketenteraan bagi menjamin keselamatan untuk tujuan
    kelangsungan hidup. Manakala merujukkan kepada teori neo-realisme, teori ini mengatakan dilema
    keselamatan sebagai situasi yang sentiasa ada ancaman yang cuba untuk menggugat keselamatan
    negara mahupun ianya dari bentuk unsur ancaman tradisional mahupun dari unsur dari ancaman bukan
    dari tradisional. Akibat dari senario keselamatan dan sifat anarki dalam sistem antarabangsa, keadaan
    ini akan menyebabkan negara perlu bergantung pada diri sendiri untuk kelangsungan hidup. Ini
    merujuk kepada konsep self help atau self reliance di mana setiap negara mempunyai kepentingan
    negara mereka tersendiri dalam meneruskan kelangsungan hidup dalam sistem antarabangsa. Melihat
    dari sudut Angkatan Tentera Malaysia (ATM,) perspektif pembangunan dan pemodenan ATM semasa
    era Perang Dingin dan Pasca Perang Dingin ternyata mempunyai perubahan yang signifikan di mana
    pembangunan ATM sebelum tahun 1990 lebih bersifat konvensional dan pasca Perang Dingin
    memperlihatkan pembangunan ATM bersifat lebih strategik.

    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  19. Mustapa A, Justine M, Mohd Mustafah N, Jamil N, Manaf H
    Biomed Res Int, 2016;2016:9305025.
    PMID: 27525281
    Purpose. The aim of this paper is to review the published studies on the characteristics of impairments in the postural control and gait performance in diabetic peripheral neuropathy (DPN). Methods. A review was performed by obtaining publication of all papers reporting on the postural control and gait performance in DPN from Google Scholar, Ovid, SAGE, Springerlink, Science Direct (SD), EBSCO Discovery Service, and Web of Science databases. The keywords used for searching were "postural control," "balance," "gait performance," "diabetes mellitus," and "diabetic peripheral neuropathy." Results. Total of 4,337 studies were hit in the search. 1,524 studies were screened on their titles and citations. Then, 79 studies were screened on their abstract. Only 38 studies were eligible to be selected: 17 studies on postural control and 21 studies on the gait performance. Most previous researches were found to have strong evidence of postural control impairments and noticeable gait deficits in DPN. Deterioration of somatosensory, visual, and vestibular systems with the pathologic condition of diabetes on cognitive impairment causes further instability of postural and gait performance in DPN. Conclusions. Postural instability and gait imbalance in DPN may contribute to high risk of fall incidence, especially in the geriatric population. Thus, further works are crucial to highlight this fact in the hospital based and community adults.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
  20. Subramaniam, Ponnusamy, Azlina Wati Nikmat, Shazli Ezzat Ghazali
    MyJurnal
    Satu kajian awal bagi menyaring kecelaruan psikogeriatrik di kalangan warga tua telah dijalankan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk menentukan peratusan kes kecelaan kognitif, strok dan kemurungan dalam sampel populasi yang berumur di antara 60-89 tahun. Seramai 40 orang subjek dan pemberi maklumat subjek di sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur dan Selangor dipilih. Alat penyaringan yang digunakan dalam kajian ini ialah Psychogeriatric Assessment Scale (PAS). Psychogeriatric Assessment Scale (PAS) terdiri daripada dua bahagian iaitu laporan subjek dan laporan pemberi maklumat subjek. Laporan subjek digunakan untuk menyaring kecelaan kognitif, strok dan kemurungan. Manakala laporan pemberi maklumat subjek digunakan untuk menyaring kemerosotan kognitif, strok dan perubahan tingkah laku subjek. Dapatan kajian menunjukkan peratusan kes kecelaan kognitif (lelaki 67% kes, perempuan 64.3% kes) dan strok (lelaki 75% kes, perempuan 64.3% kes) yang tinggi di kalangan subjek lelaki dan wanita. Terdapat juga hubungan yang signifikan di antara laporan subjek dengan laporan pemberi maklumat subjek mengikut setiap skala PAS. Alat ujian psikologi PAS mampu menyaring masalah psikogeriatrik di kalangan warga tua dan ketepatan penyaringan dapat dinilai dengan data pemberi maklumat daripada alat ujian PAS. Penyaringan psikogeriatrik adalah penting untuk mengenal pasti kehadiran kecelaan fungsi kognitif dan kemurungan di kalangan warga tua pada peringkat awal.
    Matched MeSH terms: Diabetic Neuropathies
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links