Displaying publications 141 - 160 of 399 in total

Abstract:
Sort:
  1. Amirudin, S., Ismail, M.S.
    Medicine & Health, 2020;15(2):290-296.
    MyJurnal
    Leptospirosis adalah salah satu penyakit yang endemik di Malaysia. Ia mempunyai pelbagai manifestasi klinikal bermula daripada yang ringan sehingga yang boleh membawa maut. Kami melaporkan sebuah kes tentang seorang lelaki berumur 56 tahun dengan pelbagai masalah kesihatan terdahulu, dengan sejarah tidak sihat kerana demam, batuk dan sakit perut selama dua hari. Pesakit datang ke Jabatan Kecemasan dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan Pulseless Electrical Activity (PEA) cardiac arrest. Pesakit telah diresusitasi dan berjaya dipulihkan dengan mencapai peredaran darah spontan (return of spontaneous circulation) tidak berapa lama selepas itu. Keadaan pesakit dirumitkan lagi dengan keadaan Hyperosmolar Hyperglycemic State (HHS), oliguric acute kidney injury, dan non- ST elevation myocardial infarction (NSTEMI). Pesakit kemudian dimasukkan ke unit rawatan rapi dan dirawat dengan IV Ceftriaxone 2 g sekali sehari selama empat hari, dan kemudian ditukar kepada IV Ceftazidime 2 g dua kali sehari untuk seminggu disebabkan ventilator acquired pneumonia (VAP). Keadaan pesakit bertambah baik dan akhirnya di benarkan pulang ke rumah pada hari yang ke 18.

  2. Tan, H.Y., Cheah, S.K., Joanna, O.S.M., Azrin, M.A.
    Medicine & Health, 2020;15(2):164-174.
    MyJurnal
    Kajian ini dilaksanakan untuk membandingkan keberkesanan analgesia pre-emptif intravena magnesium sulfat menggunakan dos yang berbeza terhadap kesan pengawalan kesakitan berikutan pembedahan ginekologi. Seramai 56 orang pesakit dengan Indeks Jisim Badan (BMI)
  3. Wong, C.M., Abdullah Aliff, A.W., Mohd Shahrol, A.W., Diana Safraa, S., Lavanyah, S., Aniza, I., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):141-155.
    MyJurnal
    Penyakit lemah jantung merupakan antara lima punca utama kematian penyakit kronik tidak berjangkit berdasarkan rujukan World Health Organization. Sekitar 20% pesakit kegagalan jantung di seluruh dunia memasuki wad semula dalam jangka masa 30 hari selepas discaj. Hal ini demikian biasanya akibat daripada tidak mematuhi penyekatan sukatan air diminum atau pun perkembangan penyakit. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kadar masuk wad dalam 30 hari selepas discaj daripada kegagalan jantung dan faktor berkaitan di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada tahun 2016-2017 dengan menggunakan data casemix. Berdasarkan data kod, perbelanjaan digunakan untuk masuk wad semula dalam 30 hari diambilkira. Kadar masuk wad untuk kegagalan jantung dalam 30 hari selepas discaj bagi punca yang sama adalah 53.5% dan 43.5% bagi tahun 2016 dan 2017, sama kadar dengan hospital mengajar yang lain tetapi lebih tinggi daripada kadar di negara maju. Selepas diselaraskan, hanya faktor umur pesakit dan tahap keterukan penyakit menunjukkan kaitan yang bermakna dengan kemasukan wad dalam 30 hari selepas discaj bagi kegagalan jantung. Jangka masa berada dalam wad dan perbelanjaan untuk kemasukkan wad adalah lebih rendah daripada yang sepatutnya dicapai. Sebanyak RM80,329.73 telah dijimatkan pada tahun 2017 atas rawatan yang pantas dan rancangan penjagaan yang komprehensif diberi kepada 19.3% pesakit gagal jantung tahap keterukan tiga. Penurunan kadar kemasukan wad semula dalam 30 hari selepas discaj juga menjimatkan kos pesakit dan menunjukkan penjagaan klinikal yang mantap dan strategi rawatan yang rapi. Kajian casemix ini boleh digunakan sebagai rujukan untuk penentuan bajet bagi unit kardiologi di PPUKM.
  4. Lee, S.Y., Cheah, S.K., Muhammad, M., Aniza, I.
    Medicine & Health, 2020;15(1):156-165.
    MyJurnal
    Penilaian anestetik pra-operasi adalah penting semasa penjagaan perioperatif. Matlamat utama kajian ini adalah untuk menilai tahap kepuasaan pesakit dan faktor-faktor yang mempengaruhi kepuasaan pesakit terhadap klinik pra-anestetik. Sejumlah 304 orang pesakit yang menghadiri klinik pra-anestetik telah terlibat dalam kajian ini. Kajian kepuasaan selidik dwibahasa (Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu) dengan berjumlah 18 soalan menguji faktor-faktor bukan penyedia (kemudahan klinik, kesesuaian masa menunggu) dan faktor-faktor penyedia (perkhidmatan doktor, pegawai kaunter, jururawat dan kakitangan sokongan) telah dikaji. Kajian kepuasaan selidik menggunakan format skala Likert lima mata skor sangat setuju/tidak setuju telah digunakan untuk menilai tahap kepuasaan pesakit. Secara keseluruhan, peratusan kepuasaan pesakit terhadap penilaian pra-anestetik dilaporkan sebagai 98.7% dengan skor purata untuk perkhidmatan doktor (4.49 + 0.60), pegawai kaunter (4.48 + 0.61), kakitangan sokongan (4.47 + 0.62), kemudahan klinik dan kesesuaian masa menunggu (4.40 + 0.62). Semua faktor-faktor yang dikaji menunjukkan hubungan yang signifikan (p
  5. Sabihah, A., Shamsuriani, M.J., Mohd Hisham, M.I., Afliza, A.B., Nidzwani, M.M., Tan, T.L., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):88-95.
    MyJurnal
    Pendidikan kemahiran resusitasi kardiopulmonari (CPR) kepada orang awam sangat penting dalam merendahkan kadar kematian serangan jantung. American Heart Association mencadangkan kemahiran tersebut harus dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah. Pelatih rakan sebaya adalah kaedah yang berkos rendah dan berkesan dalam mencapai objektif ini. Objektif kajian terkawal 3 bulan ini adalah untuk membandingkan keberkesanan pengajaran kompresi CPR antara rakan sebaya dan jurulatih Basic Life Support (BLS) kepada pelajar sekolah menengah. Peningkatan pengetahuan dan kemahiran psikomotor pemampatan CPR adalah hasil utama yang dinilai. Dua belas pelatih rakan sebaya berusia 16 tahun dan dua belas pelatih BLS telah direkrut dalam kajian ini. Kompresi CPR diajarkan kepada 36 pelajar sekolah menengah secara rawak oleh pelatih rakan sebaya (Kumpulan P) atau pelatih BLS (Kumpulan B). Pra-ujian, pasca ujian serta ujian pengekalan 3 bulan mengenai pengetahuan dan kemahiran psikomotor telah dijalankan. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan secara statistik dalam skor min pengetahuan dan psikomotor pada pra-ujian, pasca ujian serta ujian pengekalan 3 bulan antara Kumpulan P dan Kumpulan B. Terdapat peningkatan skor pengetahuan yang signifikan antara pra-ujian dan pasca ujian dalam Kumpulan P (perbezaan min 5.8+2.7, p
  6. Abu Zarrin, A.M., Nor Munirah, M.A., Mohammad Izwan, E.O., Abdullah, A.S., Hanani, A.Y.
    Medicine & Health, 2020;15(1):166-176.
    MyJurnal
    Staphylococcus epidermidis (S. epidermidis) menjadi salah satu keprihatinan utama dalam pengurusan hospital berikutan kebolehannya menyebabkan jangkitan perolehan hospital terutamanya daripada alatan perubatan yang tercemar. Pengurusan jangkitan S. epidermidis semakin mencabar dengan peningkatan kes kerintangan terhadap antibiotik sejak kebelakangan ini. Laporan terhad mengenai kerintangan terhadap antibiotik oleh S. epidermidis di kalangan kumpulan komuniti yang sihat meninggalkan satu persoalan mengenai tahap penyebaran bakteria rintang antibiotik di kalangan komuniti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti corak rentan antibiotik oleh S. epidermidis yang dipencilkan daripada pelajar-pelajar sihat di salah satu kampus kesihatan di universiti awam. Sebanyak 96 sampel sapuan telapak tangan telah diambil dan melalui beberapa ujikaji termasuk ujian pengenalpastian secara mikroskopik, biokimia dan juga ujian rentan antiobiotik untuk eryhtromycin, oxacillin, gentamicin, penicillin dan tetracycline menerusi ujian Kirby Bauer. Sejumlah 43 sampel menunjukkan kehadiran S. epidermidis (44.8%), di mana 72.1% daripada jumlah pencilan bakteria ini menunjukkan kerintangan terhadap sekurang-kurangnya satu jenis antibiotik. Tahap kerintangan tertinggi dan terendah masing-masing didapati pada penicillin dan gentamicin. Walaupun tiada perbezaan yang signifikan antara corak rentan antibiotik antara kumpulan jantina, tahap kerintangan antibiotik yang tinggi di kalangan komuniti sihat menunjukkan terdapat keperluan terhadap kajian lanjut kerana penyebaran strain bakteria rintang antibiotik boleh berlaku kepada populasi komuniti lain dengan lebih meluas dan tanpa disedari.
  7. Shabbir, F., Nina, H., Lim, Z.Y., Amelia, A.R., Nor Ain, M.Z., Shareena, I., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):177-186.
    MyJurnal
    Pengetahuan yang baik tentang teknik perahan, penyimpanan dan penggunaan susu perahan ibu adalah sangat penting kepada ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan ibu selepas kembali bekerja. Objektif kajian ini adalah untuk menilai pengetahuan dan sikap ibu bekerja terhadap perahan, penyimpanan dan penggunaan susu ibu. Kajian hirisan lintang ini disertai oleh 300 ibu bekerja sepenuh masa yang melahirkan bayi di sebuah hospital tertiari di Kuala Lumpur, Malaysia. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi 28 soalan menguji pengetahuan dan 9 soalan menilai sikap yang telah disahkan kandungannya. Skor tertinggi adalah 28 untuk pengetahuan dan 45 untuk sikap. Skor purata untuk pengetahuan adalah 20.47 (SD 4.06). Ibu yang mendapat skor ≥21 (≥75% skor maksimum) dikategorikan sebagai mempunyai “pengetahuan yang baik” manakala mereka yang mendapat skor
  8. Noor ‘Ain, M.N., Nordashima, A.S., Mazne, M., Azyani, Y., Mohd Rohaizat, H.
    Medicine & Health, 2020;15(1):187-197.
    MyJurnal
    Karsinoma tiroid biasanya didiagnoskan berdasarkan kriteria morfologi tertentu. Dalam sesetengah kes, diagnosis yang tepat mungkin sukar apabila ciri-ciri morfologi adalah tidak ketara. Kajian ini menilai kegunaan Hector Battifora Mesothelial-1 (HBME-1) sebagai penanda immunohistokimia untuk membezakan tisu tiroid barah dengan bukan barah dan untuk membandingkan ekspresi HBME-1 dalam pelbagai jenis tisu tiroid. Sensitiviti dan spesifisiti HBME-1 sebagai penanda khusus untuk karsinoma tiroid juga dikaji. Sejumlah 54 kes barah dan 54 kes bukan barah tiroid yang didiagnos di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk tempoh tujuh tahun telah dikumpul. Semua kes diwarnai dengan HBME-1 dan dinilai oleh tiga pemerhati bebas. Kes-kes tersebut diberi skor berdasarkan nisbah pewarnaan dan dinilai sebagai skor 0 (kurang daripada 10%), 1+ (10-25%), 2+ (26-50%) atau 3+ (lebih daripada 50%). Di samping itu, perkaitan antara skor bagi kes barah dengan peringkat patologi tumor juga dikaji. HBME-1 menunjukkan ungkapan pewarnaan yang lebih signifikan dalam kes barah berbanding bukan barah (P
  9. Wee, S.Y., Hafiza, A., Azma, R.Z., Azlin, I., Norunaluwar, J., Malisa, M.Y., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):106-118.
    MyJurnal
    Hemoglobin S (HbS, α2β26GluVal) merupakan variasi hemoglobin yang terbentuk hasil daripada mutasi GAG GTG pada kodon 6 gen β-globin. Hemoglobinopati haemoglobin S (HbS) jarang ditemui di kalangan penduduk Malaysia tetapi selalunya dijumpai di kalangan pendatang asing dari Afrika. Walau bagaimanapun beberapa kes didapati dalam kaum India dan Melayu. Kajian ini meninjau keputusan makmal pesakit HbS dan penggunaan “multiplex ligation-dependent probe amplification” (MLPA) dan “flow-through hybridization” (FTH) dalam mengesan mutasi HbS. HbS dikenalpasti melalui kromatografi cecair prestasi tinggi (HPLC) dan/atau elektroforesis kapilari serta elektroforesis hemoglobin. Analisis molekul dijalankan menggunakan kaedah MLPA, FTH dan penjujukan Sanger. Dua warga Afrika, tiga Melayu dan dua India berusia antara 2-31 tahun telah dikenalpasti. Lima pesakit adalah HbS homozigot, seorang kompaun heterozigot HbS/β-talasemia dan seorang lagi pembawa HbS. Tahap hemoglobin (Hb) kes HbS homozigot adalah antara 7.4-10.2 g/dL dengan aras HbS dan HbF diantara 58.3-94.7% dan 1.5-35.5%. Hb untuk kes kompaun heterozigot HbS/β-talasemia adalah 5.8 g/dL dan normal pada pembawa HbS. Aras HbS, HbF dan HbA2 untuk HbS/β-talasemia dan pembawa HbS adalah 67%, 27.2% dan 4.2%, dan 38.6%, 0.1% and 2.8% setiap satu. Kedua-dua kaedah MLPA dan FTH berjaya mengesan mutasi HbS dalam semua kes, manakala cuma FTH dapat menentukan zygositi mutasi HbS dan β-talasemia dalam satu ujian yang sama.
  10. Mohamad Helmy, J., Normalina, A., Afzan, M.Y., Muhammad Lokman, M.I.
    Medicine & Health, 2020;15(1):119-128.
    MyJurnal
    Kajian ini menemui faktor-faktor cabaran kempen anti-merokok dari perspektif petugas kesihatan di Kuantan. Objektif kajian ini adalah untuk menerokai cabaran kempen anti-merokok daripada pandangan petugas kesihatan, kesedaran tentang kewujudan Klinik Berhenti Merokok dan cara untuk menambah baik kempen antimerokok. Kajian ini adalah penting untuk membantu pihak berkuasa Malaysia untuk membangunkan strategi yang lebih baik dalam mempromosikan kempen anti-merokok pada masa akan datang. Persampelan “purposive” digunakan dalam pengumpulan data dan wawancara separa berstruktur telah dilakukan di kalangan lima petugas kesihatan dari tiga Klinik Berhenti Merokok yang terpilih. Kajian ini mendapati petugas kesihatan berpendapat bahawa perokok yang menerima rawatan dari Pusat Kesihatan mempunya pemahaman yang rendah mengenai tatacara piawai (SOP) dalam pemberhentian merokok, komitmen yang rendah dan senang dipengaruhi oleh masyarakat. Petugas kesihatan juga berpendapat tugas pelbagai disiplin menyebabkan tumpuan yang rendah terhadap pesakit yang merokok. Di samping itu, responden merasakan bahawa kewujudan Klinik Berhenti Merokok perlu diperluaskan penghebahannya kepada komuniti. Melalui penemuan ini, beberapa strategi dicadangkan untuk menambah baik pendekatan semasa dalam pengurangan bilangan perokok di Malaysia seperti penambahbaikan penghebahan kepada orang ramai, meningkatkan penguatkuasaan undang-undang serta menyediakan insentif.
  11. Muhammad Lokman, M.I., Normalina, A., Afzan, M.Y., Mohamad Helmy, J.
    Medicine & Health, 2020;15(1):129-140.
    MyJurnal
    Tabiat merokok adalah perilaku yang tidak sihat malah membahayakan bukan sahaja diri sendiri malahan masyarakat sekeliling. Walaupun terdapat banyak kempen anti-merokok telah diperkenalkan oleh kerajaan, namun keberkesanannya masih di tahap rendah. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk meneroka faktor utama kegagalan kempen anti-merokok di Malaysia, meneroka keberkesanan “Klinik Berhenti Merokok” dan menemui penyelesaian terbaik untuk memastikan kempen yang dijalankan berkesan pada masa akan datang. Ini adalah kajian rentas kualitatif di mana temuduga dijalankan di kalangan lima sukarela responden yang terdiri dari perokok dan bekas perokok di kawasan awam dan tiga klinik berhenti merokok yang terpilih. Data dianalisis dengan menggunakan analisis bertema. Kajian ini mendapati beberapa faktor penyumbang dari perspektif perokok dan pihak berkuasa perlu diberi keutamaan untuk penambahbaikan iaitu kurang kreativiti yang minimum dalam menguruskan promosi anti-merokok, kurang kreatitivi dah terhadap kesihatan, permintaan bahan pencetus semangat di tempat kerja, dan dalam pengurusan tekanan yang lemah. Hasil kajian mengesyorkan bahawa kempen bermula di sekolah rendah dan menengah, improvisasi tanda amaran penyakit, meluaskan kawasan promosi, memberi ganjaran semasa kempen dan perokok perlu mengambil inisiatif melibatkan diri dalam program ini. Kerajaan perlu menumpukan perhatian kepada program pencegahan merokok terlebih dahulu, daripada program intervensi berhenti merokok yang mungkin melibatkan kos kewangan yang tinggi.
  12. Mohd Harimi, A.R., Nadhrah, A.B., Nur Hidayah, Y., Zainora, M., Jemaima, C.H., Mushawiahti, M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):198-207.
    MyJurnal
    Penilaian status kesihatan mental dalam kalangan pesakit penglihatan terhad (LV) bukan merupakan rutin pemeriksaan. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti status kesihatan mental dalam kalangan pesakit LV menggunakan soal selidik "Depression Anxiety Stress Scale (DASS-21) and Hospital Anxiety and Depression (HAD) Scale". Seramai 100 pesakit LV telah dipilih secara rawak. Pemeriksaan piawai LV dan penilaian kesihatan mental menggunakan soal selidik DASS-21 dan HAD scale telah dijalankan. Purata umur subjek adalah 62.77+9.15 tahun. Subjek terdiri daripada 63% Melayu, diikuti 26% Cina dan 11% India. Purata tahap penglihatan subjek adalah 0.45+0.24 LogMAR. Keputusan kajian menunjukkan min skor kemurungan dan kerisauan bagi soal selidik HAD Scale adalah 3.11+3.35 dan 2.85+3.21. Min skor kemurungan, kegelisahan dan tekanan bagi soal selidik DASS adalah 4.83+6.90, 3.58+3.79 dan 6.18+6.92. Ini menunjukkan min skor bagi kedua-dua soal selidik adalah dalam julat normal mengikut klasikasi tahap keterukan HAD dan DASS. Soal selidik HAD Scale menunjukkan 12% daripada subjek mengalami kemurungan dan 8% mengalami kegelisahan, manakala soal selidik DASS menunjukkan 7% mengalami kemurungan, 17% mengalami kegelisahan dan 24% mengalami tekanan. Ini menggambarkan bahawa kesihatan mental pesakit LV boleh terjejas disebabkan oleh gangguan penglihatan. Kesimpulannya, status kesihatan mental pesakit LV boleh ditentukan secara objektif menggunakan soal selidik DASS-21 dan HAD Scale. Penentuan status ini juga memastikan rawatan dan rehabilitasi yang lebih optimum dapat diberikan kepada pesakit LV.
  13. Woon, L.S., Hatta, S., Norlaila, M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):208-217.
    MyJurnal
    Soal-selidik Kecelaruan Keresahan Menyeluruh-7 (GAD-7) versi Bahasa Melayu telah menunjukkan kesahan bersamaan, iaitu kepekaan dan kekhususan yang tinggi sebagai alat saringan untuk keresahan. Namun, ciri-ciri psikometriknya dari segi kesahan faktor belum lagi dikaji dengan lebih lanjut. Kajian ini memeriksa struktur faktor GAD-7 versi Bahasa Melayu di antara 300 orang pesakit luar kencing manis (purata umur: 60.4 tahun, sisihan piawai: 13.4 tahun; 52.7% lelaki) di sebuah hospital universiti di Kuala Lumpur, Malaysia. Peserta kajian mengisi soal-soal selidik tentang maklumat sosiodemografik, GAD-7, Inventori Kemurungan Beck (BDI), dan WHOQOL-BREF. GAD-7 versi Bahasa Melayu menunjukkan konsistensi dalaman yang baik (Alfa Cronbach=0.91) dan kesahan konvergen yang tinggi dengan kemurungan (R Pearson=0.642, p
  14. Nazimi, A.J., Nuraudi Zafirah, A.R., Nur Syaira, I., Izhar, A.A., Muhd Fazlynizam, R.
    Medicine & Health, 2020;15(1):237-249.
    MyJurnal
    Tujuan kajian ini adalah untuk menerokai kaedah pembantu penanda permukaan terhadap implan orbital untuk pembedahan tulang orbit. Enam tengkorak manusia dewasa kering telah digunakan dalam kajian ini. Implan orbital aluminium yang disediakan secara individu, dengan ketebalan 0.4 mm disediakan untuk lantai orbit secara bilateral. Empat penanda permukaan implan fizikal dari aspek anterior dan posterior implan yang disediakan dan diimbas secara optik. Pemeriksaan pra-pembedahan tomografi berkomputer ‘cone-beam’ (CBCT) diperolehi untuk semua lantai orbit. Data 'Digital Imaging and Communications in Medicine' (DICOM) tengkorak diambil, diimport dan direka bentuk dengan format data stereolithografi (STL) implan orbital masing-masing menggunakan iPlan CMF (Versi 3.0, BrainLab, Jerman). Teknik gabungan imej dilakukan untuk setiap tengkorak selepas pembinaan semula dengan pengambilan pos-pembedahan CBCT. Pengukuran berasaskan daripada data tomografi terhadap posisi implant kemudian dinilai di antara kedudukan implan yang direncanakan dan yang direalisasikan dalam satah sagittal dan coronal. Analisa statistik dijalankan menggunakan Statistik Statistik PASW® 18. Hasil kajian menunjukkan bahawa 38 daripada 48 penanda permukaan yang dinilai menunjukkan peningkatan ketinggian kedudukan dalam skala kecil pasca-pembedahan berbanding dengan kedudukan implan orbital maya. Semakan metrik Euclidean menunjukkan perbezaan yang kurang daripada 1.00 mm dalam semua penanda permukaan kecuali pada kawasan lej posterior dan anterior dalam penilaian satah sagittal. Kajian ini menunjukkan bahawa penempatan penanda permukaan terhadap implant orbit dalam pembedahan navigasi orbit menyumbang kepada kedudukan implan orbital secara konsisten.
  15. Mohd Hisham, I., Azlan Helmy, A.S., Ismail, M.S.
    Medicine & Health, 2020;15(1):250-265.
    MyJurnal
    Salah satu dari strategi untuk memperkasakan petugas kesihatan di dalam menentang kesan pandemik COVID-19 ini adalah melalui latihan yang berkesan. Keselamatan dan ketidak laziman merupakan dua perkara pokok yang menyebabkan modul ini dihasilkan. Modul latihan ini dibentuk berdasarkan tiga strategi utama iaitu belajar dari pengalaman lalu, mereka-bentuk modul latihan yang khusus, dan mengenal kelemahan yang ada. Modul yang dihasilkan ialah pemakaian-penanggalan alat perlindungan kendiri (PPE), pengurusan salur pernafasan dan resusitasi kardiopulmonari bagi pesakit yang disyaki COVID-19. Seramai 178 Perawat Kesihatan Barisan Hadapan (PKBH) telah dilatih. Setiap modul disertakan dengan senarai-semak yang mana peserta merasakan ianya sangat membantu. Tiada peserta yang jatuh sakit atau mengalami simptom setelah lebih dua minggu tamat latihan dan ini berkemungkinan hasil dari pelaksanan senarai semak persediaan pra-latihan yang ketat. Senarai semak pra-latihan ini mempunyai tujuh perkara penting iaitu ruang latihan, bilangan peserta, saringan COVID-19, pemeriksaan suhu badan, sanitasi tangan, PPE, dan pensanitasi peralatan sebelum dan selepas latihan. Latihan menggunakan senarai semak yang terarah didapati sangat membantu para petugas di dalam menguruskan situasi COVID-19. Kesimpulannya semasa menghadapai keadaan yang di luar kelaziman serta masa dan sumber yang terhad, latihan praktikal bersama senarai semak merupakan satu kaedah yang dapat membantu. Mengikuti langkah keselamatan pra-latihan yang betul juga boleh mengurangkan penyebaran penyakit ini.

  16. Naufal, N., Narayanasamy S., Ahmad, M., Hairol, M.I., Sharanjeet K., Kadar, M., et al.
    Medicine & Health, 2020;15(1):225-236.
    MyJurnal
    Penilaian status visual kanak-kanak prasekolah adalah penting kerana ia adalah salah satu faktor yang menentukan ketersediaan mereka untuk bersekolah. Walau bagaimanapun, tidak semua kanak-kanak prasekolah mendapat peluang untuk mengikuti program saringan penglihatan. Dalam kajian ini, akuiti visual jauh dan dekat serta tahap stereoakuiti diukur di kalangan kanak-kanak berumur enam tahun (n=385). Parameter tersebut kemudiannya dibandingkan di antara kanak-kanak prasekolah swasta bandar dan prasekolah KEMAS daripada keluarga berpendapatan rendah di luar bandar. Tujuh peratus kanak-kanak prasekolah KEMAS adalah gagal dalam ujian saringan penglihatan jauh berbanding dengan 6% kanak-kanak prasekolah swasta. Untuk ujian penglihatan dekat, kadar kegagalan adalah masing-masing 8.7% dan 4.9% bagi kanak-kanak prasekolah swasta dan KEMAS masing-masing. Untuk ujian stereoakuiti, seramai 3.3% kanak-kanak prasekolah swasta dan 2.5% kanak-kanak prasekolah KEMAS dikategorikan sebagai lemah stereopsis. Semua perbezaan tersebut adalah tidak signifikan secara statistik (semua p>0.05). Peratusan kanak-kanak yang gagal ujian saringan penglihatan adalah serupa untuk kedua-dua jenis prasekolah. Oleh itu, program saringan penglihatan perlu dijalankan di semua jenis prasekolah untuk memastikan sebarang masalah penglihatan dapat dikesan, didiagnos, dirawat dan dicegah.


  17. Sharina, M.K., Norliyana, M., Kamalnizat, I., Azmi, B., Mohd Hisam, M.A.
    Medicine & Health, 2020;15(1):266-273.
    MyJurnal
    Skoliosis kongenital adalah perkembangan tulang belakang yang tidak normal yang merangkumi pembentukan sebahagian tulang sahaja, kurangnya pemisahan di antara tulang belakang atau kehilangan bahagian tertentu tulang belakang. Etiologi sebenar skoliosis kongenital masih tidak jelas. Walau bagaimanapun, ia dipengaruhi oleh kecenderungan genetik dan faktor persekitaran. Kami melaporkan siri kes skoliosis kongenital dengan ciri-ciri dismorfik dalam empat orang adik-beradik dan membincangkan mengenai sindrom spondylocostal dysostosis yang mempunyai kaitan dengan skoliosis kongenital. Ciri-ciri dismorfik termasuk hipertelorisme, ‘ptosis’ kedua-dua mata, 'high arch palate', langit-langit yang tinggi dan leher ‘webbed’. Pembedahan instrumentasi tulang belakang dilakukan dalam tiga adik beradik. Semua pesakit pulih dengan baik selepas pembedahan tanpa komplikasi kecederaan saraf. Rawatan susulan pada tahun pertama dan kedua selepas pembedahan menunjukkan tiada perubahan pada kadar lengkung dan tulang belakang telah bercantum.
  18. Shamsuriani, M.J., Norhidayah, M.S.
    Medicine & Health, 2020;15(1):218-224.
    MyJurnal
    Pengurusan kendiri asma menggunakan pelan tindakan asma secara bertulis (WAAP) penting dalam memastikan pengurusan asma yang berkesan kerana ia mengurangkan kadar kehadiran ke hospital. Kajian ini menilai peningkatan pengetahuan dan kawalan asma menggunakan WAAP di kalangan pesakit asma di Jabatan Kecemasan. Kajian cubaan kawalan rawak ini dijalankan selama 19 bulan di Jabatan Perubatan Kecemasan sebuah hospital universiti. Kajian ini melibatkan pesakit dewasa serangan asma ringan dan sederhana. Pesakit dibahagikan secara rawak kepada dua kumpulan iaitu kumpulan intervensi dan kawalan. Soal selidik pengetahuan penyakit asma diberikan pada pesakit. Pesakit dari kedua kumpulan menerima kaunseling tentang penyakit asma berdasarkan risalah asma yang telah disediakan. Kumpulan intervensi, kemudiannya menerima kaunseling WAAP mengikut keperluan individu tersebut. Kumpulan kawalan menerima kaunseling lisan berdasarkan perawatan. Susulan kajian dijalankan pada 1 dan 3 bulan. Pengetahuan penyakit asma dan kawalan penyakit asma dinilai melalui tinjauan telefon. Lima puluh pesakit telah dibahagikan secara rawak kepada kumpulan intervensi dan kawalan. Setiap kumpulan menerima 25 pesakit. Skor pengetahuan kumpulan intervensi jauh lebih tinggi daripada kawalan (16.88+0.44 vs 13.36+3.72; p19) pada 1 bulan berbanding kumpulan kawalan (20.64+3.26 vs 17.72+4.17). Kedua-dua kumpulan mencapai kawalan yang baik pada 3 bulan. Pengurusan kendiri asma dengan menggunakan WAAP di Jabatan Kecemasan meningkatkan pengetahuan dan kawalan asma di kalangan pesakit yang mendapat serangan asma ringan dan sederhana.
  19. Nik Azlan, N.M.
    Medicine & Health, 2020;15(1):274-279.
    MyJurnal
    Adenokarsinoma paru-paru miliari adalah sangat jarang dan agresif. Adenokarsinoma paru-paru biasanya menunjukkan sifat ketulan pada peparu yang berkaitan dengan kerosakan paru-paru dan efusi pleura. Adenokarsinoma ini jarang jarang berpunca daripada tapak selain daripada tapak primer, tidak seperti kanser-kanser lain contohnya kanser tiroid, koriokarsinoma dan sarcoma. Kami membentangkan di sini kes seorang suri rumah berusia 50 tahun yang mengadu batuk-batuk, hilang selera makan dan sukar untuk bernafas selama 1 bulan. Perawat perubatan primer telah merawat beliau sebagai jangkitan kuman pada paru-paru. Disebabkan keadaan yang tidak pulih dan semakin melarat, beliau dibawa ke Jabatan Kecemasan. Oksigen beliau dikesan sebanyak 93% atas udara bilik. Berdasarkan sejarah pesakit dan penemuan X-ray paru-paru, rawatan untuk tuberculosis miliari telah di beri walaupun ujian Mantoux dan kahak negatif. Berikutan peningkatan tanda-tanda dan intubasi, bronkoskopi kemudian mendedahkan diagnosis adenokarsinoma paru-paru. Sebagai pelajaran, penampilan miliari radiografi tidak dikelirukan kepada tuberkulosis sahaja, kerana sebab-sebab berbahaya yang lain perlu disiasat. Bronkoskop dengan analisis histopatologi diperlukan, terutamanya jika Mantoux dan sputum adalah negatif.
  20. Wan Nor Aida, W.M.S., Aaina Iryani, M., Ahmad Khaldun, I.
    Medicine & Health, 2020;15(1):288-293.
    MyJurnal
    Fraktur avulsi tulang belakang iliac anterior (ASIS) jarang terjadi, dan lebih lumrah berlaku di kalangan remaja muda semasa bersukan. Ini disebabkan oleh rawan apophyseal yang lemah semasa remaja, apabila kontraksi otot yang kuat mengatasi ASIS semasa aktiviti olahraga. Seorang lelaki berusia 15 tahun dibawa ke Jabatan Kecemasan (ED) mengadu sakit pinggul kanan selepas perlumbaan semasa Hari Sukan sekolahnya. Ketika dia melintasi garisan penamat dan menang, dia tiba-tiba rasa sensasi “pop” di pinggul kanannya dan jatuh ke tanah dengan kesakitan. Di ED, dia baring meniarap dengan skor sakit 6/10. Intravena Ketorolac diberikan untuk melegakan kesakitannya. Pemeriksaan fizikal menunjukkan kesakitan setempat di kawasan hadapan pelvis kanan, tanpa bengkak atau kecacatan pada sendi pinggul kanan. Tiada perbezaan antara kepanjangan kaki kanan berbanding kaki kiri. Pergerakan pinggul kanan terhad akibat kesakitan. Pemeriksaan neurovaskular adalah normal. Radiografi pelvis menunjukkan fraktur avulsi ASIS kanan. Beliau telah dirujuk kepada pasukan Ortopedik dan telah dirancang untuk rawatan konservatif rehat di katil, analgesik, dan ambulansi tanpa berat. Dia dibenarkan pulang dan dirancang untuk temujanji di Klinik Ortopedik. Pemeriksaan semula selepas 2 bulan kecederaan menunjukkan pesakit sihat dan bebas kesakitan. ASIS mudah terdedah kepada kecederaan avulsi semasa menjalankan aktiviti sukan kerana otot sartorius menarik anteroinferior ASIS semasa lekukan maksimum pinggul dan lanjutan lutut. Walaupun fraktur avulsi apophyses pelvis jarang berlaku, ia harus dipertimbangkan di kalangan atlet remaja jika mekanisma kecederaan adalah sangat sugestif.

Related Terms
Filters
Contact Us

Please provide feedback to Administrator (afdal@afpm.org.my)

External Links